Lawatan Pemeriksaan Tempat Kerja, HIRARC dan Pemeriksaan Kualiti Udara Dalaman ke Bahagian Kenderaan KKL
Pihak UKKP telah menjalankan lawatan pemeriksaan tempat kerja, HIRARC dan pemeriksaan kualiti udara dalaman (Indoor Air Quality, IAQ) ke Bahagian Kenderaan KKL pada 15 Februari 2023. Lawatan ini bertujuan untuk mengenalpasti hazad-hazad di tempat kerja, memastikan tempat kerja berada dalam keadaan sihat dan selamat dan mengukur kualiti udara dalaman di tempat kerja, selain membimbing Pegawai Insiden di situ untuk melakukan HIRARC di tempat kerja. Lawatan ini dimulakan dengan sesi taklimat, seterusnya sesi pemeriksaan tempat kerja dan sesi memberi maklum balas kepada kakitangan yang terlibat.


