BENGKEL PENYEDIAAN DOKUMEN PROSEDUR KERJA SELAMAT HCTM

18 Mar 2024 2024, Berita

UKKP telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Dokumen Prosedur Kerja Selamat Di Tempat Kerja pada 11 Januari 2024 bertempat di Auditorium ASSC, HCTM. Bengkel ini adalah salah satu langkah penambahbaikan susulan daripada Audit Keselamatan Tempat Kerja yang telah dilaksanakan pada 31 Oktober 2023 oleh pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (JKKP WPKL).

Seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai-pegawai Insiden dan wakil kakitangan yang berkhidmat di lokasi kerja berisiko tinggi telah menyertai bengkel ini. Penceramah jemputan bagi program ini adalah Encik Fakhruddin@ Farud Bin Esa,iaitu seorang pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berpengetahuan dan berpengalaman luas dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia.

Search

+