AUDIT OCCUPATIONAL SAFETY & HEALTH WORKPLACE ASSESSMENT (OSHWA) OLEH JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA (JKKPWPKLP)
Hospital Canselor Tuanku Muhriz telah menerima kunjungan lawatan dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (JKKPWPKLP) pada 31 Oktober 2023 untuk menjalankan audit Occupational Safety & Health Workplace Assessment (OSHWA). Audit ini meliputi semua aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja yang berisiko tinggi seperti HCTM. Ia adalah sebagai pematuhan kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994.
Majlis telah dimulakan dengan taklimat KKP oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr Razmin Jarmin, Pengarah dan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Persekitaran HCTM. Turut hadir ialah YBhg. Prof. Dr. Mohd Nizam Ab. Rahman, Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Risiko, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (ROSH-UKM) serta Prof. Madya Dr. Hanita Othman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi dan Sokongan).
Berdasarkan pengauditan, tiada isu besar yang diutarakan dan pihak Penguatkuasa JKKPWPKLP berpuas hati terhadap pematuhan Akta OSHA 1994 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz.
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan HCTM selaku urusetia ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Pengurusan dan Warga HCTM yang bekerjasama memudahkan sesi lawatan audit. Terima kasih juga kepada pihak ROSH UKM.



