PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT ZUMBA
CHERAS, 25 Ogos – Sempena Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan HCTM 2023, pelbagai aktiviti menarik seperti ceramah dan seminar telah diadakan. Turut diadakan adalah Program Gaya Hidup Sihat berkonsepkan senaman dan Zumba.
Penyertaan program mendapat sambutan yang menggalakkan oleh kakitangan yang merasakan aktiviti seperti ini boleh memupuk gaya hidup yang sihat dan melahirkan pekerja yang seimbang dari segi emosi dan rohani.
Berakhirnya program ini, maka berakhirlah Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan HCTM 2023 yang telah berlangsung bermula 21 hingga 25 Ogos 2023. Besar harapan semua kakitangan untuk melihat dan menunggu penganjuran Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan untuk tahun akan datang.



