Sambutan Hari Tibi 2022
Pihak Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) HCTM telah mengadakan Sambutan Hari Tibi pada 20 Jun 2022 hingga 23 Jun 2023 yang lalu. Program ini melibatkan beberapa aktiviti iaitu saringan ujian Mantoux kepada kakitangan yang bekerja di lokasi dan skop pekerjaan yang berisiko tinggi, pameran kesihatan dan webinar berkaitan penyakit Tuberkulosis yang telah disampikan oleh Prof. Madya Dr. Andrea Ban Yu-Lin, Ketua Unit Respiratori, Jabatan Perubatan. Perlaksanaan program ini telah berjaya dijalankan dengan kerjasama Jabatan Farmasi, Unit Respiratori, dan Persatuan Pelajar Perubatan (PERSIAP).
Sambutan Hari Tibi ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz. Selain itu, objektif program juga telah mencapai sasaran,antaranya adalah dengan meningkatkan kesedaran serta komitmen pelbagai pihak terhadap usaha pencegahan dan kawalan penyakit tuberkulosis serta menjadikan aktiviti ujian saringan mantoux ini sebagai permulaan kepada usaha rawatan profilaksis Tuberkulosis Laten dalam langkah kawalan pencegahan penyakit tibi.







