VISI
Menjadikan Pusat Terapi Sel sebuah pusat dan keilmuan yang terpilih, terkehadapan, berteknologi tinggi dan berdaya saing yang mengutamakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, inovatif dan “evidence based” demi menjaga kepentingan pesakit dan masyarakat sejagat.
MISI
Pusat Terapi Sel akan memastikan rawatan yang diberikan adalah berkualiti, berkesan serta selamat dan berusaha untuk meningkatkan kepakaran dalam bidang terapi sel di negara ini.
OBJEKTIF
- Membangunkan kajian berbentuk ”translational research” yang menepati piawaian antarabangsa di dalam makmal yang bertaraf GMP.
- Merangsang kegiatan Health Tourism di Malaysia melalui pembentukan satu-satunya pusat kecemerlangan dan rujukan terapi sel di rantau ini.
- Menjadikan HCTM sebagai gedung penjana ilmu dan pusat latihan dalam bidang terapi sel yang terpilih & cemerlang.
- Menyelaraskan & memusatkan semua rawatan yang berasaskan sel supaya penggunaan sumber (tenaga manusia, kewangan, peralatan) dapat diguna-sama & diuruskan serta dipantau dengan lebih teratur, efisien & kos efektif (“sharing facilities”).
- Memperluaskan indikasi dan memastikan kualiti rawatan terapi sel supaya lebih ramai pesakit boleh mendapat manfaat daripada rawatan sel yang terbaik.
- Menggalakkan kemasukan wang dan prasarana dari dalam dan luar negara dengan mewujudkan kerjasama pintar (“smart partnership”) dengan industri bioteknologi & institusi perubatan yang lain.
- Mempromosikan Perkhidmatan Terapi Sel secara komersial bagi melayakkan pengakreditasian (menyumbang ke arah taraf MSQH).