Oleh NAK | Foto: SFAW

4 JULAI 2018 – LAWATAN MUHIBAH KE HOSPITAL PAKAR AL-ISLAM – KE ARAH PENUBUHAN PUSAT TERAPI MESRA IBADAH

 4 Julai 2018, Rabu – Pusat Islam Kampus Kuala Lumpur telah mengadakan Lawatan Muhibah ke Hospital Pakar Al-Islam pada 4 Julai lalu. Lawatan ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara HCTM dan Hospital Pakar Al-Islam dalam menjalinkan usaha sama menjadikan HCTM sebagai sebuah hospital mesra ibadah serta merapatkan lagi jalinan muhibah antara dua pihak. Ketua Pusat Terapi Sel (PTS) iaitu Prof. Dr. S Fadilah Abdul Wahid dan jururawat terlatih, Pn. Noraimy Abdullah merupakan wakil PTS yang turut menyertai lawatan tersebut. Idea mewujudkan sebuah hospital mesra ibadah ini amat disokong khususnya oleh warga kakitangan PTS yang bersedia memberi komitmen dalam usaha menjadikan PTS sebuah pusat terapi mesra ibadah di masa akan datang.

Wakil PTS yang menyertai lawatan. Prof. Dr. S Fadilah (sembilan dari kiri), dan JT Noraimy (sepuluh dari kiri).