Oleh NAK | Foto: PTS

5 FEBRUARI 2018 – LAWATAN PENGUKUHAN KERJASAMA PTS-IBL, NILAI

5 Februari 2018, Isnin – Kakitangan Pusat Terapi Sel (PTS) telah mengadakan lawatan pengukuhan kolaborasi dengan pihak syarikat InnoBiologics (IBL) yang bertempat di bangunan InnoBiologics, Nilai, Negeri Sembilan. Lawatan ini melibatkan pegawai-pegawai makmal PTS dan turut disertai oleh Ketua PTS iaitu Prof. Dr. S Fadilah Abdul Wahid. Lawatan ini bertujuan untuk membincangkan mengenai perancangan pengukuhan kerjasama di antara PTS dan InnoBio untuk tempoh 5 – 10 tahun akan datang serta perkara-perkara berbangkit berkenaan kolaborasi ini.

Program lawatan ini dimulakan dengan sesi mesyuarat khas selama 2 jam di antara kakitangan PTS dan IBL bertempat di Bilik Mesyuarat Plasma, IBL, Nilai. Selepas itu, satu sesi lab-tour telah diadakan bagi memperkenalkan kemudahan-kemudahan yang terdapat di makmal pemprosesan IBL serta memberi pendedahan kepada pegawai-pegawai makmal PTS tentang prinsip proses kerja yang diamalkan bagi tujuan perkongsian dan perkembangan ilmu sesama institusi. Program berakhir pada jam 2.00 petang.