new pts

Pusat Terapi Sel (PTS) merupakan salah satu daripada Pusat Kecemerlangan (Centre of Excellence) di HCTM yang menjalankan perkhidmatan terapi berasaskan sel seperti sel stem hematopoietik, sel darah limfosit dan sel dendritik untuk pelbagai penyakit kanser dan penyakit sum-sum tulang. Pencapaian dalam perkhidmatan yang berkualiti dan diiktiraf ini seiring dengan aktiviti penyelidikan sel stem yang intensif dan sentiasa berkembang dari semasa ke semasa. Penubuhan PTS merupakan satu initiatif bersepadu yang berperanan sebagai peneraju utama dalam menjalankan rawatan dan peryelidikan yang berkualiti tinggi, bersifat di ambang ufuk dan strategik serta mempunyai nilai komersial yang tinggi.

Pusat Terapi Sel Hopital Canselor Tuanku Muhriz (PTS HCTM) menyediakan perkhidmatan terapi sel yang merangkumi sel stem hematopoietik, sel darah limfosit dan sel dendritik semenjak 1999. Sehingga kini, PTS telah berjaya melakukan lebih daripada 200 pemindahan autologous dan allogeneic sel stem hematopoetik untuk pelbagai penyakit kanser darah dan penyakit sum-sum tulang.

PTS telah menyediakan perkhidmatan untuk pesakit dari seluruh Malaysia (termasuk Sabah & Serawak) dan juga  perkhidmatan terapi sel yang melibatkan lebih dari 10 unit/jabatan/organisasi dari dalam dan luar HCTM . Bagi memastikan objektif dan tujuan dapat dijayakan, PTS turut bergiat aktif dalam mewujudkan kerjasama dengan organisasi/ institusi luar.