Oleh NAK | Foto: ISK

19 SEPTEMBER 2017

Pusat Terapi Sel (PTS) dengan kerjasama syarikat Alpha Gas Solution Sdn. Bhd. telah mengadakan seminar bertajuk “Working Safely With Liquid Nitrogen and Carbon Dioxide” pada 19 September 2017 bertempat di Pusat Terapi Sel, HCTM, PPUKM. Bengkel ini telah dihadiri oleh 8 orang peserta di kalangan kakitangan makmal di PPUKM.

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mempelajari teknik pengesanan kebocoran gas karbon dioksida yang digunakan di makmal dengan cara yang mudah dan praktikal. Selain itu, peserta turut didedahkan dengan contoh risiko dan hazard yang mungkin berlaku sekiranya pengendalian gas di makmal tidak mengikut prosedur yang ditetapkan. Peserta turut disarankan untuk menerapkan nilai kepentingan keselamatan pekerjaan semasa bekerja di makmal bagi mengelakkan kemalangan/kecederaan yang berpunca daripada pengendalian gas-gas berbahaya tersebut.