The Role of Internist in Cancer Management (ROICAM) 11

23 Oct 2024

JAKARTA, 13 Oktober 2024 – Dr. S Fadilah Abdul Wahid (Pakar Perunding Kanan Hematologi Klinikal & Transplantasi Sel Stem) telah dijemput sebagai penceramah bersempena dengan The Role of Internist in Cancer Management (ROICAM) 11 yang telah diadakan pada 11 – 13 Oktober 2024 bertempat di Shangri_La Jakarta, Indonesia. Dr. S. Fadilah telah menyampaikan ceramah pada hari ketiga persidangan bertajuk Revolutionizing blood cancer treatment with CAR-T cells.

Selain daripada itu, satu sesi perbincangan telah diadakan di antara Pusat Terapi Sel, HCTM UKM, Malaysia dengan National Cancer Center Dharmais Hospital, Jakarta, Indonesia bagi berkongsi rawatan terkini kanser darah dan kajian klinikal CAR-T yang dijalankan di PTS-HCTM, UKM. Sesi round table discussion bersama pakar perubatan dan saintis dalam perawatan kanser darah dan teknologi terapi sel CAR-T tersebut telah diadakan pada 11 Oktober 2024 yang lalu bertempat di National Cancer Center Dharmais Hospital, Jakarta, Indonesia dan diwakili oleh delegasi dari Pusat Terapi Sel iaitu Dr. S Fadilah Abdul Wahid (Pakar Perunding Kanan Hematologi Klinikal & Transplantasi Sel Stem) dan Nor Azimah Binti Ismail (Pegawai Sains).

Dalam perbincangan selama 2 jam tersebut, wakil daripada kedua-dua institusi telah berkongsi pengalaman, cabaran dan hasil kajian sebagai titik mula jalinan kerjasama yang akan diusahakan bagi membangunkan teknologi rawatan terkini penyakit kanser darah khususnya. Semoga kerjasama ini dapat dimajukan seterusnya memberi impak positif dalam penambahbaikan kualiti rawatan perubatan di rantau ini.

Search

+