BENGKEL PROTEIN PURIFICATION & WESTERN BLOT

27 Jul 2017

Pusat Terapi Sel, PPUKM dengan kerjasama syarikat Chemopharm Sdn. Bhd. telah menganjurkan bengkel “Protein Purification & Western Blot” pada 5 & 6 April 2017 bertempat di Pusat Terapi Sel, PPUKM. Bengkel ini telah dihadiri oleh 10 orang peserta dari kalangan pensyarah, penyelidik dan kakitangan makmal daripada institusi dalam dan luar seperti UKM, UPM dan IMR.

Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan dan demonstrasi penggunaan tentang aplikasi teknologi AKTA Pure (GE Healthcare) dalam perkhidmatan diagnosis makmal dan juga penyelidikan, selain memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang teknik asas Western Blot yang boleh dipraktikkan di makmal masing-masing. Setiap peserta telah diberi peluang mengendalikan teknik Western Blot menggunakan reagen dan peralatan sedia ada di makmal Pusat Terapi Sel, dibantu oleh 4 orang fasilitator terlatih dalam teknik ini. ‘Idea and knowledge sharing” di antara penceramah, fasilitator dan peserta dapat meningkatkan kefahaman dan kemahiran sedia ada dalam teknik penulenan protein dan Western Blot, selain memupuk semangat kerjasama di antara wakil institusi yang terlibat.

Protein-1

Protein-2

Protein-3

Bengkel Mesenchymal Stem Cell Culture

22 Nov 2016

25 Okt – Pusat Terapi Sel (HTCM) dengan kerjasama Stemedics Sdn Bhd telah mengadakan bengkel “Mesenchymal Stem Cell Culture Workshop” bertajuk ISOLATION OF ADIPOSE-DERIVED MESENCHYMAL STEM CELLS FROM HUMAN ADIPOSE TISSUE. Seramai 20 orang peserta telah menghadiri sesi seminar yang disampaikan oleh pencemarah jemputan, Dr. Voja Jovanovic  (StemCell Technologies Inc.)

Secara keseluruhannya, matlamat penganjuran bengkel ini telah tercapai di mana setiap peserta berjaya mempelajari dan mempraktikkan teknik pemencilan sel induk daripada tisu adipos dengan betul mengikut prosedur yang telah digunapakai di PTS. Peserta juga telah didedahkan dengan teknik pengkulturan tisu bagi mendapatkan hasil yang reproducible. Perkongsian idea dan pengalaman di antara peserta, penceramah jemputan dan fasilitator telah meningkatkan pengetahuan individu dalam bidang kajian sel induk serta menjadi pemangkin bagi meluaskan lagi jaringan penyelidikan di PTS.

img_3042img_3081img_3121img_3104img_3137img_3076

Majlis Menandatangani Perjanjian Penyelidikan Dan Pembangunan (RDA) antara UKM dan Cytopeutics Sdn. Bhd

9 Aug 2016

Cyberjaya 4 Ogos – Pusat Terapi Sel, Pusat Perubatan UKM dan Cytopeutics Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian penyelidikan bagi Kajian Klinikal secara rawak, prospektif dan di pelbagai pusat kesihatan untuk menilai sifat-sifat sel mononuklear darah periferi autologous, sel mononuklear sumsum tulang autologous dan sel stem mesenkima tali pusat allogenik terhadap penyembuhan luka melalui implantasi setempat. Perjanjian Penyelidikan ini telah ditandatangani oleh Prof. Dr. Ima Nirvana Soelaiman (Timbalan Dekan, Penyelidikan dan Inovasi, PPUKM), Prof Dr S Fadilah Abdul Wahid (Ketua Pusat Terapi Sel, PPUKM), Zoe Cheng Voon Sze (Pengarah Eksekutif, Cytopeutics Sdn Bhd), Prof Madya Dr Chin Sze-Piaw (Penasihat Klinikal dan Penyelidikan, Cytopeutics Sdn Bhd) serta disaksikan oleh Y. Bhg. Prof. Dr Zaleha Abdullah Mahdy (Dekan Fakulti Perubatan & Pengarah PPUKM) dan Encik James Then Khong Lek (Pengarah Urusan, Cytopeutics Sdn. Bhd )

IMG_2796IMG_2809

IMG_2818IMG_2834

IMG_2854IMG_2860

Lawatan Sambil Belajar Pelajar Kejururawatan Universiti Shiga, Jepun

9 Aug 2016

PPUKM 3 Ogos – Satu lawatan yang melibatkan tiga orang pelajar dari Universiti Shiga Jepun ke Wad Trasplantasi Sel Stem dan Makmal Pusat Terapi Sel telah diadakan pada 03 Ogos 2016. Lawatan tersebut melibatkan Tomohiro Ueno, Taihei Kakishima dan Ryoma Kurata yang merupakan pelajar jurusan kejururawatan yang kini sedang mengikut program mobiliti pelajar di Jabatan Kejururawatan, Fakulti Perubatan,PPUKM. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberikan pendedahan dan mempromosi Pusat Terapi Sel kepada pelajar Jepun agar mereka sedar akan keperluan terapi sel khususnya dalam perawatan kanser darah.

IMG_2723IMG_2755

IMG_2774

1 6 7 8

Search

+