BERITA – FORUM UMUM “Sel Stem: Sinar Baru Dunia Perubatan” PUSAT TERAPI SEL

6 Oct 2017

12 SEPTEMBER 2017 – Forum Umum ke-4 Pusat Terapi Sel telah diadakan dengan jayanya bertempat di Auditorium & Lobi Utama PPUKM. Program selama dua hari yang bertemakan “Sel Stem – Sinar Baru Dunia Perubatan” ini telah dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Sri Dr. S Subramaniam yang diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), Datuk Dr. Sharnaz Murad. Turut hadir adalah Ahli Lembaga Pengarah UKM iaitu Tan Sri Dato Seri Dr. Ibrahim Saad; Pengarah UMBI, Prof Datuk Dr. A Rahman Jamal A Jamal; Timbalan Dekan Fakulti Perubatan UKM, Prof. Dr. Roslina Abdul Manap dan Ketua Pusat Terapi Sel PPUKM iaitu Prof Dr. S Fadilah Abdul Wahid.

Gimik perasmian yang disempurnakan oleh Datuk Dr. Sharnaz Murad

Gimik perasmian yang disempurnakan oleh Datuk Dr. Sharnaz Murad

Sesi penyampaian cenderahati kepada perasmi

Sesi penyampaian cenderahati kepada perasmi

Sesi penggambaran selepas upacara perasmian Forum Umum Ke-4 2017

Sesi penggambaran selepas upacara perasmian Forum Umum Ke-4 2017

Forum umum kali ini yang bertemakan “Sel Stem – Sinar Baru Dunia Perubatan” bertujuan memberi pengetahuan dan kesedaran kepada masyarakat mengenai kegunaan dan kepentingan sel stem dalam aplikasi perubatan masa kini. Pengetahuan ini sangat penting bagi merungkai persoalan dan menjawab kekeliruan serta salah tanggapan masyarakat khususnya mengenai sel stem, di samping memberi harapan baru dalam bidang perubatan di Malaysia untuk meningkatkan taraf kesihatan dan kualiti kehidupan secara amnya.

Penganjuran program ini adalah hasil usaha giat dan komitmen kakitangan Pusat Terapi Sel, PPUKM yang telah disokong oleh syarikat penyelidikan sel stem, Cytopeutics Sdn. Bhd. yang merupakan penaja utama program ini. Sejumlah 500 orang peserta dari kalangan kakitangan UKM/PPUKM, pengamal perubatan dan kakitangan daripada hospital kerajaan dan swasta, saintis daripada agensi penyelidikan dalam/luar, orang awam dan juga pelajar sekolah telah menyertai forum ini.

Bersempena dengan forum umum ini, majlis pelancaran laman sesawang rasmi Pusat Terapi Sel (http://www.ppukm.ukm.my/terapisel/) telah dilaksanakan diikuti dengan pelancaran buku bertajuk “Fundamentals in Setting Up a cGMP Facility for Cell-based Therapies” terbitan Penerbit UKM.

Buku "Fundamentals in Setting Up a cGMP Facility for Cell-based Therapies" yang telah dilancarkan secara rasmi bersempena Forum Umum Ke-4 2017

Buku “Fundamentals in Setting Up a cGMP Facility for Cell-based Therapies” yang telah dilancarkan secara rasmi bersempena Forum Umum Ke-4 2017

Pelbagai acara menarik telah diadakan sepanjang dua hari program ini berlangsung termasuklah 1) Program derma darah oleh Pusat Darah Negara, 2) Pameran kesihatan oleh jabatan/pusat di PPUKM seperti Pusat Kejuruteraan Tisu, Unit Rawatan Intensif Kardiotorasik Surgeri (CICU), Jabatan Farmasi dan agensi luar seperti Malaysian Stem Cell Registry, IMR, 3) Booth jualan, dan 4) Pemeriksaan kesihatan percuma, kuiz dan lain-lain.

Acara kemuncak program ini adalah Forum Perdana yang berlangsung selama 2 jam di Auditorium PPUKM. Forum Perdana yang bertajuk “Sel Stem-Aplikasi Perubatan Kini, antara Manfaat, Risiko dan Perspektif Islam” ini telah dikendalikan oleh selebriti terkenal tanahair iaitu Januar Haikal selaku moderator forum berkenaan. Forum perdana ini turut dimeriahkan dengan kehadiran tetamu jemputan terkemuka di Malaysia seperti Imam Muda Asyraf, penyanyi terkenal Sasha Saidin, pakar sel stem dalam bidang perubatan dan penyelidikan iaitu Prof Dr S Fadilah Abdul Wahid (Ketua Pusat Terapi Sel) dan Dr. Chin Sze Piaw (Cytopeutics Sdn. Bhd) serta Dr. Azizah Ab Ghani (Ketua Seksyen Biologik, NPRA, KKM) yang telah mengupas topik hangat dan menjawab persoalan dan kekeliruan masyarakat tentang sel stem dari aspek perubatan dan kesihatan, kecantikan serta perspektif islam.

Forum Perdana bertempat di Auditorium HCTM PPUKM yang menampilkan panel-panel terkemuka membincangkan isu hangat tentang sel stem

Forum Perdana bertempat di Auditorium HCTM PPUKM yang menampilkan panel-panel terkemuka membincangkan isu hangat tentang sel stem

Januar Haikal bertindak sebagai moderator forum perdana

Januar Haikal bertindak sebagai moderator forum perdana

Prof. Dr. S Fadilah Abdul Wahid - Panel jemputan forum perdana

Prof. Dr. S Fadilah Abdul Wahid – Panel jemputan forum perdana

Dr. Chin Sze Piaw - Panel jemputan forum perdana

Dr. Chin Sze Piaw – Panel jemputan forum perdana             

Dr. Azizah Ab Ghani - Panel jemputan forum perdana

Dr. Azizah Ab Ghani – Panel jemputan forum perdana             

Sasha Saidin - Panel jemputan forum perdana

Sasha Saidin – Panel jemputan forum perdana                              

Imam Muda Asyraf - Panel jemputan forum perdana

Imam Muda Asyraf – Panel jemputan forum perdana

Sesi bergambar peserta yang hadir bersama panel-panel jemputan. Turut hadir adalah pelajar dan pengajar daripada Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) bersama salah seorang pengasasnya, Saiful Nang.

Sesi bergambar peserta yang hadir bersama panel-panel jemputan. Turut hadir adalah pelajar dan pengajar daripada Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) bersama salah seorang pengasasnya, Saiful Nang.

santai forum

Pada hari ke-2 program ini telah berlangsungnya seminar Keynote Session berkaitan aplikasi sel stem dalam bidang perubatan dan penyelidikan yang telah ditaja oleh syarikat Cytopeutics Sdn. Bhd., Takeda Malaysia Sdn. Bhd. dan Sanofi-Aventis Malaysia Sdn. Bhd. Seminar saintifik yang berlangsung selama 3 jam ini telah dihadiri oleh peserta-peserta dari kalangan pengamal perubatan (doktor dan jururawat) dalam/luar PPUKM, penyelidik sel stem dan pelajar. Seminar tersebut telah disampaikan oleh penceramah yang cukup berpengalaman dengan penggunaan sel stem dalam bidang perubatan dan juga penyelidikan iaitu Dr. Chin Sze Piaw (Tajuk: From Local Innovation to Global Recognition – A Successful Public-Private Partnership between UKM and Cytopeutics), Prof. Dr. S Fadilah Abdul Wahid (Tajuk: Optimization of Peripheral Blood Stem Cell (PBSC) mobilisation strategies) dan Dr. Muhd Zanapiah Zakaria (Tajuk: Hodgkin Lymphoma and Its Management).

Sebahagian peserta yang hadir bagi Keynote Session

Sebahagian peserta yang hadir bagi Keynote Session

Sebahagian peserta yang hadir bagi Keynote Session

Sebahagian peserta yang hadir bagi Keynote Session

Prof Dr S Fadilah  menyampaikan ceramah semasa Keynote Session

Prof Dr S Fadilah menyampaikan ceramah semasa Keynote Session

Dr Zanapiah - salah seorang penceramah Keynote Session

Dr Zanapiah – salah seorang penceramah Keynote Session

Dr. Chin Sze Piaw turut berkongsi kejayaan dan pengalaman sepanjang berkolaborasi dengan Pusat Terapi Sel untuk kajian sel stem

Dr. Chin Sze Piaw turut berkongsi kejayaan dan pengalaman sepanjang berkolaborasi dengan Pusat Terapi Sel untuk kajian sel stem

JEMPUTAN: FORUM UMUM KE-4 (12-13 SEPT 2017)

9 Sep 2017

Pusat Terapi Sel (PTS), Pusat Perubatan UKM (PPUKM) akan menganjurkan program Forum Umum Ke-4 bertemakan “Sel Stem: Sinar Baru Dunia Perubatan”.

Program Forum Umum yang diadakan setiap 2 tahun ini merupakan aktiviti rasmi PTS, PPUKM yang mensasarkan penglibatan di kalangan orang awam, pesakit, kakitangan kesihatan (doktor dan jururawat), pelajar, saintis serta agensi kerajaan dan industri. Pelbagai aktiviti akan dijalankan dalam meningkatkan pengetahuan umum mengenai sel stem dalam rawatan perubatan dan penyelidikan seperti ceramah kesedaran, pameran, kuiz, persembahan multimedia dan sebagainya.

 banner bm gabung

Semua warga PPUKM/UKM dan orang luar dijemput hadir ke program ini. Kehadiran adalah PERCUMA!

300 goodies bag disediakan untuk penyertaan terawal.

Nantikan kemunculan selebriti dan penceramah terkemuka di Malaysia mengupas topik hangat serta menjawab persoalan berkaitan sel stem dalam forum perdana pada 12 September 2017, Jam 2.00 petang (AUDITORIUM PPUKM).

Saksikan video promo forum perdana ini di pautan Youtube berikut:
1. Januar Haikal – https://youtu.be/rnUmjEL1fHY 
2. Imam Muda Asyraf – https://youtu.be/tBLME_NYKDw 
3. Sasha Saidin – https://youtu.be/A5KBTVXZJ_k 

TENTATIF PROGRAM SEPERTI DI BAWAH:

 HARI-1

Day-1

HARI-2

Day-2

Jemputan ‘KEYNOTE TALKS’ sempena FORUM UMUM KE-4 PUSAT TERAPI SEL

8 Sep 2017

Bersempena program FORUM UMUM KE-4 anjuran Pusat Terapi Sel, HCTM, PPUKM yang bertemakan “Sel Stem: Sinar Baru Dunia Perubatan” / “Stem Cell: New Frontier in Medicine“, pihak urusetia ingin menjemput semua warga UKM/PPUKM/pelajar dan kakitangan luar yang berminat untuk menghadiri sesi “Keynote Talks” yang akan disampaikan oleh penceramah jemputan seperti berikut:

Tarikh: 13 September 2017
Masa: 9.30 pagi – 1.00 petang
Tempat: Dewan Kuliah 1, Kompleks Pendidikan Perubatan, HCTM, PPUKM, Jalan Yaacob Latiff, 56000 Cheras, KL.

Keynote 1: From Local Innovation to Global Recognition – A Successful Public-Private Partnership between UKM and Cytopeutics (Penceramah: Dr. Chin Sze Piaw, Cytopeutics Sdn. Bhd)

Keynote 2: Hodgkin Lymphoma and Its Management (Penceramah: Dr. Muhd Zanapiah Zakaria, Prince Court Medical Centre)

Keynote 3: Optimization of Peripheral Blood Stem Cell (PBSC) mobilisation strategies (Penceramah: Prof. Dr. S Fadilah Abdul Wahid, Pusat Terapi Sel PPUKM)

Penyertaan adalah PERCUMA. Mata eSPEL/CPD untuk seminar ini turut disediakan bagi kakitangan UKM/PPUKM/kakitangan kerajaan lain.

 Sebarang pertanyaan lanjut atau RSVP sila hubungi:

1. Puan Norrulhuda (+603-9145 7226 or norrulhuda@ppukm.ukm.edu.my)

2. Cik Noralisa (+603-9145 5578 or noralisa@ppukm.ukm.edu.my)

brochure Keynote

Jemputan ke FORUM PERDANA “Sel Stem: Aplikasi Perubatan Kini, antara Manfaat, Risiko & Perspektif Islam”

8 Sep 2017

Bersempena program FORUM UMUM KE-4 anjuran Pusat Terapi Sel, HCTM, PPUKM yang bertemakan “Sel Stem: Sinar Baru Dunia Perubatan”, pihak urusetia ingin menjemput semua warga UKM/PPUKM/pelajar dan kakitangan luar yang berminat untuk menghadiri forum perdana seperti berikut:

TAJUK : Sel Stem: Aplikasi Perubatan Kini, antara Manfaat, Risiko & Perspektif Islam

PANEL JEMPUTAN:
1. JANUAR HAIKAL – Moderator
2. PROF. DR. S FADILAH ABDUL WAHID – Pusat Terapi Sel, PPUKM
3. DR. CHIN SZE PIAW – Cytopeutics Sdn. Bhd.
4. DR. AZIZAH AB GHANI – NPRA, KKM
5. IMAM MUDA ASYRAF – Ikon Kesihatan Malaysia 2013
6. SASHA SAIDIN – Selebriti & aktivis kesihatan

Nantikan kemunculan selebriti dan penceramah terkemuka di Malaysia mengupas topik hangat serta menjawab persoalan berkaitan sel stem dalam forum perdana ini.

Saksikan video promo forum perdana ini di pautan Youtube berikut:
1. Januar Haikal – https://youtu.be/rnUmjEL1fHY
2. Imam Muda Asyraf – https://youtu.be/tBLME_NYKDw
3. Sasha Saidin – https://youtu.be/A5KBTVXZJ_k

Penyertaan adalah PERCUMA. Kehadiran akan direkodkan ke dalam Sistem eSPEL (kakitangan UKM/PPUKM).

Tarikh :12/09/2017
Masa : 02:00 Petang-  04:30 Petang
Tempat : AUDITORIUM, KOMPLEKS PENDIDIKAN PERUBATAN, HCTM, PPUKM

bunting 1

Penganugerahan “GOOD CITIZEN AWARD” kepada Dr. Wan Fariza

8 Sep 2017

 

Pakar Perunding Perubatan dan Hematologi di Pusat Terapi Sel, iaitu Dr. Wan Fariza Wan Jamaludin yang juga merupakan Timbalan Ketua Pusat Terapi Sel telah menerima anugerah “Good Citizen Award 2017” daripada Persatuan Penganut Zhong Yuan Puchong Selatan di atas sumbangan amal dan keprihatinan beliau terhadap golongan miskin di kawasan PPR. Di samping jadual kerja harian yang padat, beliau masih dapat meluangkan masa melawat dan memberikan bantuan perubatan kepada penduduk di PPR. Usaha gigih beliau dalam khidmat masyarakat ini perlu dicontohi dan harus dipuji.

 

certificate

Lawatan Temubual Kerjaya oleh pelajar SMAPK

6 Sep 2017

Pusat Terapi Sel, PPUKM telah menerima lawatan pelajar Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAPK) pada 18 Julai 2017 (Selasa) yang lalu. Semasa lawatan ini dijalankan, satu sesi temubual kerjaya bersama pakar transplant iaitu Prof. Dr. S Fadilah Abdul Wahid, yang juga merupakan Pakar Perunding Kanan Hematologi Klinikal dan Transplantasi Sel Stem PPUKM, telah diadakan.

Sesi lawatan ini telah disertai oleh seramai 4 orang pelajar dan diiringi oleh seorang guru pengiring. Pelajar-pelajar yang terlibat telah didedahkan dengan bidang kerjaya pakar transplant selain dapat mempelajari kepentingan kepimpinan organisasi yang berkesan dalam mewujudkan satu pusat transplant yang terkemuka dan menjadi rujukan di Malaysia.

IMG_3930 rsz IMG_3966 rsz IMG_3997 rsz

Pembentangan Kertas Kerja Penyelidikan di Mesyuarat ASEAN COST-72 oleh Dr. Wan Fariza

29 Jul 2017

22 Mei 2017 – Mesyuarat ASEAN COST (Committee on Science and Technology) ke-72 telah berlangsung selama 3 hari (22 – 25 Mei 2017) bertempat di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam. Seramai dua orang kakitangan Pusat Terapi Sel iaitu Dr. Wan Fariza Wan Jamaludin (Pakar Perunding Perubatan dan Hematologi) dan Noralisa Abdul Karim (Pegawai Penyelidik) telah dilantik sebagai delegasi Malaysia di bawah Sub-Committee of Biotechnology bagi menghadiri Mesyuarat ASEAN COST ke-72 serta Mesyuarat Berkaitan.

Mesyuarat ASEAN COST merupakan mesyuarat berjadual yang diadakan bagi merancang dan melaksanakan keputusan Mesyuarat Menteri-menteri Sains dan Teknologi ASEAN dan Sidang Kemuncak ASEAN yang diadakan pada setiap tahun. Kertas kerja penyelidikan yang bertajuk “Predictive NK Cell Gene Panel for Lymphoma Microenvironment” telah terpilih untuk dimajukan bagi permohonan dana ASEAN STI Fund sesi 1/2017 dan telah dibentangkan oleh Dr. Wan Fariza dalam mesyuarat ini. Penyertaan kakitangan PTS dalam mesyuarat ini merupakan titik permulaan bagi perkembangan tahap penyelidikan PTS di peringkat global dan membuktikan kualiti projek penyelidikan yang dicadangkan mendapat perhatian dan pengiktirafan komuniti penyelidik dunia, khususnya di ASEAN.

IMG-20170522-WA0008

Delegasi Malaysia bagi Sub-Committee of Biotechnology

20170522_152826 rsz

Dr. Wan Fariza membentangkan kertas kerja projek penyelidikan di hadapan ASEAN Sub-Committee of Biotechnology

Predictive gene panel for lymphoma microenvironment Dr Wan FAriza 22.5.17.

Projek penyelidikan yang telah terpilih untuk dimajukan bagi permohonan dana ASEAN STI Fund

 

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR SARJANA SAINS IPPT, USM KE MAKMAL CGMP PUSAT TERAPI SEL, PPUKM

27 Jul 2017

Pusat Terapi Sel, PPUKM telah menerima lawatan sambil belajar pelajar Sarjana Sains (Penyelidikan Perubatan), Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), USM Pulau Pinang pada 28 April 2017 yang lalu. Lawatan yang dilakukan khususnya ke makmal cGMP Terapi Sel adalah bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang prosedur terapi sel yang dilaksanakan di makmal ini serta penggunaan sel stem dalam terapi pesakit kanser.

Sesi lawatan ini telah disertai oleh seramai 6 orang pelajar dan diiringi oleh 2 orang pensyarah. Lawatan tersebut penting bagi merealisasikan objektif program akademik dalam melahirkan graduan yang mahir bukan sahaja dalam bidang teori, malahan dapat menguasai aspek kajian dan inovasi dalam kajian yang dijalankan. Selain itu, lawatan sambil belajar ini juga merupakan salah satu skop perkhidmatan Pusat Terapi Sel sebagai pusat pengajaran dan pembelajaran bagi bidang terapi berasaskan sel di PPUKM.

Lawatan-1

Lawatan-2

Lawatan-3

PEMBENTANGAN ORAL/POSTER TERBAIK – MSH 14TH ANNUAL SCIENTIFIC MEETING

27 Jul 2017

Dr Chris Ng Kee Kiat, graduan sarjana perubatan dalaman Jabatan Perubatan di bawah bimbingan Prof. Dr S Fadilah S Abdul Wahid, Pusat Terapi Sel, PPUKM telah memenangi “Best Oral Poster Presentation” melalui tesis yang bertajuk: “The Value Of 18F-FDG PET/CT Scan Versus Bone Marrow Biopsy In Detecting And Predicting The Outcome Of Patients With Bone Marrow Involvement In 18F-FDG Avid Lymphoma” di 14th Annual Scientific Meeting, Persidangan Malaysian Society of Haematology peringkat kebangsaan pada 20-22 April 2017 bertempat di Holiday Villa, Johor Bahru.

Tahniah diucapkan kepada Dr Chris Ng dan syabas kepada Jabatan Perubatan dan Pusat Terapi Sel.
MSH-1 rsz

MSH-2 rsz

1 5 6 7 8

Search

+