BERITA – TAHNIAH! PEMBENTANGAN POSTER TERBAIK

1 Aug 2018
Oleh NAK | Foto: PTS

PEMBENTANGAN POSTER TERBAIK – SIMPOSIUM KEBANGSAAN PENYELIDIKAN PERUBATAN DAN KESIHATAN & MINGGU PENYELIDIKAN KE-20

30 Julai 2018, Isnin – Seramai 2 orang peserta dari Pusat Terapi Sel telah memenangi Pembentangan Poster Terbaik bersempena Simposium Kebangsaan Penyelidikan Perubatan dan Kesihatan & Minggu Penyelidikan Ke-20 yang telah diadakan di Bangunan Pra-Klinikal, PPUKM.

Dr. Wan Fariza Wan Jamaludin, pakar perubatan di Pusat Terapi Sel, PPUKM  dan pelajar seliaannya, Dr. Fara Rahidah Hussin telah mendapat TEMPAT KEDUA bagi Pembentangan Poster yang bertajuk: “The Value of PET-CT Scan in Determining Remission Status in Lymphoma Patients Involving The Head & Neck Region“.

Dr. Fara Rahidah (pelajar di bawah seliaan Dr. Wan Fariza, PTS) yang mendapat TEMPAT KEDUA bagi Pembentangan Poster.

Manakala Dr. Nurul Iman Pison, pelajar sarjana di bawah seliaan Prof. Dr. S Fadilah Abdul Wahid (Pusat Terapi Sel) turut menenangi TEMPAT KETIGA bagi Pembentangan Poster beliau yang bertajuk “Bacterial blood stream infection in haematopoeitic stem cell transplant recipients: Epidemiology, antiobiotic resistance and clinical outcome”.

Dr. Nurul Iman (kanan) bersama penyelia beliau iaitu Prof. Dr. S Fadilah (kiri) yang mendapat TEMPAT KETIGA bagi Pembentangan Poster.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang!

BERITA – Seminar “The Role of Validated and Proven Algorithms for ROTEM Guided Bleeding Management”

10 Jul 2018
Oleh NAK | Foto: NAK

10 Julai 2018, Selasa – Pusat Terapi Sel (PTS) dengan kerjasama syarikat Unimed Healthcare Pte. Ltd., Singapore telah mengadakan seminar bertajuk “The Role of Validated and Proven Algorithms for ROTEM Guided Bleeding Management” pada 10 Julai 2018 bertempat di Pusat Terapi Sel, HCTM, PPUKM. Seminar ini telah dihadiri oleh seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan makmal, kakitangan klinikal (medical officers dan jururawat) serta pensyarah perubatan.

BACA SELANJUTNYA

BERITA – Lawatan Muhibah ke Hospital Pakar Al-Islam – Ke Arah Penubuhan Pusat Terapi Mesra Ibadah

4 Jul 2018
Oleh NAK | Foto: SFAW

 4 Julai 2018, Rabu – Pusat Islam Kampus Kuala Lumpur telah mengadakan Lawatan Muhibah ke Hospital Pakar Al-Islam pada 4 Julai lalu. Lawatan ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara HCTM dan Hospital Pakar Al-Islam dalam menjalinkan usaha sama menjadikan HCTM sebagai sebuah hospital mesra ibadah serta merapatkan lagi jalinan muhibah antara dua pihak.

BACA SELANJUTNYA

IKLAN – Memohon Sumbangan Ikhlas Pertubuhan Kebajikan CELLCARE

24 May 2018

CELLCARE – PERSATUAN KEBAJIKAN KANSER DARAH & TERAPI SEL

“KAMI PRIHATIN”

Kami mengalu-alukan sumbangan ikhlas anda bagi membantu pesakit kanser darah mendapatkan rawatan asas. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pegawai yang bertanggungjawab:
Puan Noor Zuraida Adnan : 03-9145 7726
Cik Seery Zaliza Azura  Zaider : 03-9145 7729

BERITA – Lawatan pelajar Kejururawatan UKM ke Pusat Terapi Sel

8 May 2018
Oleh NAK | Foto: NAK

8 MEI 2018 – LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR KEJURURAWATAN UKM KE PUSAT TERAPI SEL, PPUKM

Seramai 31 orang pelajar Ijazah Sarjanamuda Kejururawatan UKM telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Terapi Sel, PPUKM pada 8 Mei 2018 yang lalu. Lawatan tersebut diadakan sebagai salah satu perisian kursus Bioteknologi dan Sains Kemasyarakatan yang dimuatkan dalam program tersebut. Pelajar-pelajar telah diberi penerangan tentang proses kerja am di Pusat Terapi Sel yang meliputi kedua-dua bahagian perkhidmatan klinikal dan makmal penyelidikan.

BACA SELANJUTNYA

BERITA – Lawatan pelajar IPGKPT, Nilai ke Makmal PTS

26 Apr 2018
Oleh NAK | Foto: NAK

26 APRIL 2018 – LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK, NILAI KE MAKMAL PUSAT TERAPI SEL, PPUKM

Pusat Terapi Sel, PPUKM telah menerima lawatan sambil belajar pelajar-pelajar Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Teknik, Nilai, Negeri Sembilan pada 26 April 2018 yang lalu. Lawatan yang dilakukan khususnya ke Makmal Am Pusat Terapi Sel, Tingkat 12 adalah bertujuan memberi pengenalan tentang teknik asas kultur sel yang dilakukan di makmal ini, serta aplikasi terapi berasaskan sel stem dalam rawatan penyakit kanser.

BACA SELANJUTNYA

BERITA – Pusat Terapi Sel menyertai persidangan MSH ke-15

23 Apr 2018
Oleh MKA | Foto: PTS

19 – 21 APRIL 2018 – 15th MSH ANNUAL SCIENTIFIC MEETING

Malaysian Society of Haematology telah menganjurkan Persidangan Saintifik Tahunan ke-15 (15th MSH Annual Scientific Meeting) yang bertemakan Navigating the Word of Emerging Therapies bertempat di Hotel Shangri La Kuala Lumpur pada 19 – 21 April 2018 yang lalu. Sebagai Pusat Kecemerlangan berkaitan perkhidmatan hematologi klinikal di PPUKM, Pusat Terapi Sel tidak terkecuali untuk turut terlibat di dalam persidangan tersebut dengan menghantar seramai 20 orang wakil yang terdiri daripada Pakar Perunding Perubatan, Pegawai Perubatan, Jururawat Terlatih dan sebagainya.

BACA SELANJUTNYA

BERITA – Lawatan pelajar IPPT, USM ke Makmal cGMP PTS

20 Apr 2018
Oleh NAK | Foto: NAK

20 APRIL 2018 – LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR SARJANA SAINS IPPT, USM KE MAKMAL cGMP PUSAT TERAPI SEL, PPUKM

Pusat Terapi Sel, PPUKM telah menerima lawatan sambil belajar pelajar Sarjana Sains (Penyelidikan Perubatan), Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), USM Pulau Pinang pada 20 April 2018 yang lalu. Lawatan yang dilakukan khususnya ke makmal cGMP Terapi Sel adalah bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang asas penubuhan makmal bertaraf cGMP, prosedur terapi sel yang dilaksanakan di makmal ini serta penggunaan sel stem dalam terapi pesakit kanser.

BACA SELANJUTNYA

BERITA – Pusat Terapi Sel sebagai pusat kajian terpilih dalam CRM Bulletin Issue 13

10 Jan 2018

Pusat Terapi Sel (Cell Therapy Centre), PPUKM telah diberi penghargaan sebagai pusat kajian klinikal terpilih bagi bidang perubatan regeneratif untuk dipaparkan dalam buletin keluaran Clinical Research Malaysia (CRM) Isu ke-13. Paparan berita ini merupakan salah satu pendekatan dan usaha CRM bagi memperkenalkan secara global mengenai pusat-pusat kajian klinikal di seluruh Malaysia serta berkongsi pengalaman sepanjang penglibatan mereka dalam kajian klinikal ini.

Untuk liputan penuh, sila lihat pautan:

http://www.clinicalresearch.my/check-crm-bulletin-issue-13/

1 4 5 6 7 8

Search

+