Majlis Menandatangani Perjanjian Penyelidikan Antara UKM dengan Plutonet Sdn Bhd

24 Nov 2020

CHERAS, 23 Julai 2020 – Pusat Terapi Sel (PTS), Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM dengan kerjasama Plutonet Sdn Bhd (subsidiari Cryocord Group), telah mengadakan majlis Menandatangani Perjanjian Penyelidikan bertempat di Bilik Mesyuarat Lembaga, Tingkat 1, Blok Pendidikan, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Kampus Kuala Lumpur UKM.

Perjanjian penyelidikan ini dimeterai bertujuan membangunkan hubungan yang lebih rapat dalam penyelidikan terapi sel berasaskan sel Chimeric Antigen Receptor-T (CAR-T) bagi rawatan penyakit kanser darah seperti acute lymphoblastic leukaemia (ALL).

Dekan Fakulti Perubatan UKM, YM Prof. Dr. Raja Affendi Raja Ali dalam ucapannya berkata, kolaborasi antara UKM-Plutonet ini akan memfokuskan kepada bidang penyelidikan dan pembangunan teknologi rawatan berasaskan sel CAR-T, di samping meningkatkan kerjasama dan potensi aplikasi klinikal menggunakan sel CAR-T bagi mengoptimakan fungsinya dalam perawatan penyakit kanser darah terutamanya penyakit ALL.

Rakan kerjasama PTS iaitu Plutonet Sdn Bhd merupakan syarikat subsidiari kepada Cryocord Group, peneraju dalam kajian dan rawatan sel CAR-T di Malaysia. Plutonet Sdn Bhd kini bergerak maju dalam penyelidikan sel CAR-T untuk merawat penyakit kanser darah melalui ujian klinikal dijalankan dengan ahli perubatan profesional, berdasarkan teknologi dan protokol yang dipatenkan.

Turut hadir dalam majlis ialah Puan Nur Yasmin binti Nan Rahimi (wakil Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz), Prof. Dr. S Fadilah Abdul Wahid, Ketua Pusat Terapi Sel HCTM, Prof. Dr Tan Geok Chin, Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi) dan Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh, Timbalan Dekan (Jaringan & Penjanaan). Manakala pihak Plutonet pula terdiri daripada Encik James Then Khong Lek, Pengarah Urusan, Encik Vincent Chang W K, Pengurus Besar dan kakitangan lain.

Syabas diucapkan!

BERITA – Stakeholders Meeting: Clinical Trial Guideline for Cell and Cell-based Therapy

1 Oct 2019
Oleh NAK | Foto: SFAW

24 Sept 2019, KL– Satu perjumpaan stakeholder telah diadakan sebagai titik mula dalam mewujudkan panduan “Clinical Trial Guideline for Cell and Cell-based Therapy” di negara ini. Perjumpaan yang diadakan di Pusat Terapi Sel, PPUKM ini telah dihadiri oleh pakar-pakar dalam bidang perkhidmatan dan penyelidikan terapi sel, serta pakar-pakar daripada agensi lain seperti Bahagian Regulatori Farmasi Negara, KKM. Garis panduan yang bakal diwujudkan ini akan menjadi rujukan dan piawaian untuk semua pengamal perubatan dalam bidang terapi sel di negara ini, terutama bagi penyelidik ujian klinikal yang menggunakan produk berasaskan sel dalam kajian mereka.

Selamat Maju Jaya diucapkan!

 

BERITA – Lawatan Pelajar Universitas Sumatera Utara

7 Jul 2019
Oleh NHI| Foto: NAK

3 Julai 2019, KL – Seramai 25 orang pelajar kejururawatan dan 6 orang tenaga pengajar dari Fakultas Keperawatan, Universitas Sumatera Utara telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Terapi Sel, PPUKM pada 3 Julai 2019 yang lalu. Pelajar-pelajar telah diberi penerangan tentang proses kerja am di Pusat Terapi Sel yang meliputi kedua-dua bahagian perkhidmatan klinikal dan makmal penyelidikan.

BACA SELANJUTNYA

BERITA – Lawatan Pendidikan dan Jalinan Kerjasama ke Beijing Boren Hospital, China

23 Apr 2019
Oleh NAK/WF | Foto: WF

18 April 2019, Beijing – Pusat Terapi Sel, PPUKM telah dijemput oleh syarikat Gaia Therapeutics Sdn. Bhd. untuk menyertai satu lawatan pembelajaran dan penyelidikan ke Beijing Boren Hospital sebagai langkah permulaan kolaborasi bagi kajian klinikal “Phase 2-3 Prospective Open Label Study to Evaluate Safety and Efficacy of Intravenous Autologous CD19 CAR-T cells for Relapse / Refractory B-Acute Lymphoblastic Leukaemia”.

Selamat maju jaya diucapkan!

BACA SELANJUTNYA

BERITA – Multiple Myeloma Expert Bureau 2.0

29 Mar 2019
Oleh NAK | Foto: SFAW

Sabtu, 23 Mac – Ketua Pusat Terapi Sel, Prof. Dr. S Fadilah Abdul Wahid telah dijemput untuk menyertai perjumpaan saintifik (Multiple Myeloma Expert Bureau 2.0) yang terdiri daripada kumpulan pakar-pakar perubatan penyakit multiple myeloma di peringkat antarabangsa, bertempat di Taipei Marriott Hotel, Taiwan.

Perjumpaan selama satu(1) hari tersebut telah dianjurkan oleh AMGEN Oncology bagi memberi peluang kepada kumpulan pakar-pakar ini berkumpul dan membincangkan tentang perkembangan terkini dalam pengurusan penyakit multiple myeloma, selain meningkatkan kemahiran komunikasi data melalui bengkel praktikal yang interaktif.

Syabas diucapkan!

BERITA – Inaugural Expert Panel Meeting for the Development of Guidelines for Adult Immunization

17 Jan 2019
Oleh NAK | Foto: SFAW

12 Januari 2019, Selasa – Pada 12 Januari 2019 bertempat di Hilton Petaling Jaya, Selangor telah berlangsungnya satu perjumpaan Inaugural Expert Panel Meeting bagi membincangkan dan membangunkan “Guidelines for Adult Immunization 3rd Edition”. Prof. Dr. S Fadilah Abdul Wahid (Ketua Pusat Terapi Sel), yang merupakan salah seorang ahli panel kepakaran ini turut dijemput dalam perancangan pembangunan garis panduan tersebut. Perjumpaan ini dianjurkan oleh Malaysian Society of Infectious Diseases and Chemotherapy (MSIDC).

BERITA – Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) antara UKM dengan CYTOPEUTICS SDN BHD

7 Nov 2018
Ihsan Pusat Jaringan, Komunikasi Korporat dan Teknopolis Kesihatan KKL UKM

CHERAS, 31 Oktober 2018 – Pusat Terapi Sel (PTS), Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM
dengan kerjasama Cytopeutics Sdn Bhd, telah mengadakan majlis Menandatangani Memorandum
Perjanjian (MoA) bertempat di Sukmaria, Tingkat 3, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Kampus
Kuala Lumpur UKM.

Memorandum Perjanjian ini adalah kesinambungan daripada Memorandum perjanjian yang telah
ditandatangani pada 22 Ogos 2011 serta beberapa siri perjanjian penyelidikan oleh kedua-dua
pihak sejak 2011 dalam membangunkan hubungan yang lebih rapat dalam penyelidikan terapi sel
sehinggalah kesepakatan untuk menyambung dan menandatangani Memorandum perjanjian dapat
direalisasikan pada hari ini.

Prof. Datuk Dr. A Rahman dalam ucapannya berkata, kolaborasi antara UKM-Cytopeutics ini akan
memfokuskan kepada bidang penyelidikan dan pembangunan teknologi rawatan berasaskan sel
stem. Memorandum Perjanjian ini untuk meningkatkan kerjasama dan potensi aplikasi klinikal
menggunakan sel stem. Tambah beliau, kajian-kajian bakal ditumpukan dalam penyelidikan sel
stem bagi mengoptimakan fungsinya dalam terapi perubatan termasuk wound healing, ischemic
cardiomyopathy (kegagalan jantung), peripheral occlusive arterial disease, cerebrovascular
disease (stroke), cartilage injury dan sebagainya.

Pusat Terapi Sel (PTS) menyediakan perkhidmatan terapi sel yang merangkumi sel stem
hematopoietik, sel darah limfosit dan sel dendritik semenjak 1999 dan berjaya melakukan lebih 200
pemindahan autologous dan allogenik sel stem hematopoetik untuk pelbagai penyakit kanser
darah dan penyakit sum-sum tulang. Rakan kerjasama PTS iaitu Cytopeutics Sdn Bhd merupakan
syarikat peneraju dalam kajian dan rawatan sel stem di Malaysia. Cytopeutics kini bergerak maju
dalam penyelidikan sel stem untuk merawat kegagalan jantung, penyakit jantung iskemia,
osteoarthritis (lutut) dan kencing manis. Ujian klinikal dijalankan dengan profesional, berdasarkan
teknologi dan protokol yang dipatenkan.

Hadir dalam majlis ialah Prof. Datuk Dr. A Rahman A Jamal, Pro Naib Canselor Kampus KL, Prof.
Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Prof. Dr. S Fadilah
Abdul Wahid, Ketua Pusat Terapi Sel HCTM, dan Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh, wakil Dekan
Fakulti Perubatan. Manakala pihak Cytopeutics pula dihadiri oleh Encik James Then Khong Lek,
Pengarah Urusan, Puan Zoe Cheng Voon Sze, Pengarah Eksekutif, dan Prof. Dr. Chin Sze Piaw,
Penasihat Klinikal dan Kajian.

BERITA – Siri-1 Bengkel Publication Marathon PTS 2018

2 Oct 2018
Oleh NAK | Foto: AZM & OMN

01 OKTOBER 2018 – BENGKEL PUBLICATION MARATHON SIRI-1 LONJAKAN KEDUA “MAINTAIN SPEED

Pada 1 Oktober yang lepas, telah berlangsungnya Bengkel Publication Marathon Siri-1 anjuran Pusat Terapi Sel (PTS) bertempat di Makmal Komputer DOME 1 & 2, Tingkat 13, Bangunan Pra-Klinikal, PPUKM, Cheras, Kuala Lumpur. Siri-1 bengkel ini yang bertemakan Lonjakan Kedua “Maintain Speed merupakan lanjutan daripada program pra-bengkel Publication Marathon yang telah diadakan pada 28 Ogos yang lalu.

 

BACA SELANJUTNYA

BERITA – Pra-Bengkel Publication Marathon PTS 2018

6 Sep 2018
Oleh NAK | Foto: MKA

28 OGOS 2018 – PRA BENGKEL PUBLICATION MARATHON LONJAKAN PERTAMA “FLAG-OFF

Pusat Terapi Sel (PTS) buat julung kalinya telah menganjurkan Bengkel Publication Marathon pada 28 Ogos yang lalu bertempat di Makmal Komputer DOME 1 & 2, Tingkat 13, Bangunan Pra-Klinikal, PPUKM, Cheras, Kuala Lumpur. Pada hari tersebut, telah berlangsungnya aktiviti pra-bengkel yang bertemakan Lonjakan Pertama “Flag-Off” sebagai simbolik permulaan bagi proses penulisan penerbitan yang bertujuan menyuntik semangat para peserta bagi memulakan dan  menyudahkan sesebuah penerbitan.

Bengkel ini diadakan selaras dengan keperluan Bidang Keberhasilan Utama UKM, iaitu KRA-2: Penyelidikan dan Inovasi yang Berimpak Tinggi, yang menyatakan bahawa “kepakaran dan hasil penyelidikan UKM menyumbang secara signifikan kepada pembangunan ekonomi dan social melalui ekosistem yang dapat memupuk penemuan intelek, inovasi, penyebaran dan penggunaan ilmu”. Secara tidak langsung, bengkel ini bertindak sebagai platform dalam menyokong misi UKM sebagai Universiti Penyelidikan, dan menyemai budaya penerbitan dan meningkatkan KPI penerbitan di kalangan warga PPUKM dan HCTM.

BACA SELANJUTNYA

1 3 4 5 6 7 8

Search

+