Jamuan Hari Raya Aidilfitri 1443H Pusat Terapi Sel (2022)

7 Jun 2022
Oleh NAK | Foto: NAD

25 Mei 2022 – Majlis sambutan hari raya aidilfitri tahun 2022 anjuran Pusat Terapi Sel (PTS) telah diadakan di Pusat Terapi Sel, Tingkat 2, Bangunan Klinikal HCTM. Majlis yang diadakan dengan cukup meriah ini bermula pada jam 11 pagi sehingga jam 3 petang.

Majlis tersebut menghimpunkan warga PTS dengan jemputan dalaman yang terdiri daripada kakitangan jabatan-jabatan di HCTM serta jemputan luar yang dihadiri oleh wakil syarikat yang berkolaborasi dengan PTS.

            

Selamat hari Raya Aidilfitri

28 Apr 2022

Pusat Terapi Sel, HCTM mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga HCTM dan UKM.

Waktu Operasi Pusat Terapi Sel pada Bulan Ramadhan 1443H

6 Apr 2022

 

Adalah dimaklumkan waktu operasi Pusat Terapi Sel, HCTM sepanjang bulan Ramadhan (4 April 2022 – 2 Mei 2022) adalah seperti berikut:-

 

PEJABAT AM PUSAT

(Tingkat 2 Blok Klinikal)

PUSAT JAGAAN HARIAN & WAD TRANSPLANTASI SEL STEM

(Tingkat 2 Blok Klinikal)

Makmal Pusat Terapi Sel

(Tingkat 12 Blok Klinikal)

Isnin hingga Khamis

8:00 pagi – 1:00 petang

1:30 petang – 4:30 petang

Jumaat

8:00 pagi – 12:30 tengahari

2.30 petang – 4:30 petang

Program Sumbangan Kuih Raya atau Duit Raya untuk pesakit Kanser Darah di HCTM

6 Apr 2022

Pusat Terapi Sel, HCTM akan mengadakan Program Sumbangan Kuih Raya atau Duit Raya untuk pesakit Kanser Darah di HCTM. Sumbangan ini adalah untuk meringankan beban waris pesakit dan menceriakan Aidilfitri yang akan datang. Sekiranya berminat, boleh hubungi kami Pn. Norol Naha/ Puan Syira : 03-9145 7726, Pn Seery : 03-9145 729. Warga HCTM/UKM yang menyumbang sekurang-kurangnya RM30 akan diberikan e-Khidmat. Tarikh tutup adalah pada 25 April 2022 (Isnin) .

 

 

Pelantikan Semula sebagai Ketua Pusat Terapi Sel

5 Jan 2022
Oleh: NAK

Sekalung tahniah dan syabas kepada YBhg. Prof Dr. S Fadilah Abdul Wahid di atas pelantikan semula beliau sebagai Ketua Pusat Terapi Sel, HCTM berkuatkuasa 01 Januari 2022 sehingga 19 Oktober 2022.

Semoga Pusat Terapi Sel akan terus maju di bawah pimpinan beliau!

Gotong-royong Pasca Banjir di Kediaman Kakitangan PTS (En. Mohd Isa Mohti)

30 Dec 2021
Oleh NAK | Foto: NAK

Negara dikejutkan dengan bencana banjir yang melanda beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Antara kawasan yang paling terjejas di Lembah Klang ialah sekitar Shah Alam, Klang, Hulu Langat dan Kuala Langat dan beberapa daerah di negeri Pahang seperti Mentakab, Temerloh dan Raub. Mangsa banjir mengalami kesan trauma yang amat mendalam selain daripada menanggung kerugian besar seperti kemusnahan tempat tinggal, kereta dan premis perniagaan. Turut terkesan akibat bencana ini adalah salah seorang kakitangan di Pusat Terapi Sel (PTS) iaitu En. Mohd Isa Mohti, Pembantu Perawatan Kesihatan yang bertugas di Makmal Pusat Terapi Sel.

Atas dasar tanggungjawab dan prihatin, PTS mengambil inisiatif untuk menghulur sumbangan dan tenaga bagi membantu memulihkan kembali semangat beliau dan ahli keluarga dalam menghadapi fasa pasca banjir ini. Semua kakitangan PTS turut terlibat dalam mengumpul sumbangan dan mencari barang keperluan asas untuk diagihkan kepada Encik Mohd Isa. Sumbangan yang diberi berbentuk barangan keperluan seperti toto, bantal, selimut, tuala, keperluan mandian, pakaian, bahan pencuci dah bahan makanan asas serta wang ringgit hasil sumbangan ikhlas kakitangan.

Puan Norol Naha Hasan (Penolong Pegawai Tadbir), mengetuai misi ini dengan dibantu oleh beberapa kakitangan PTS yang lain telah hadir menyampaikan sumbangan dan bergotong-royong membersihkan kediaman Encik Mohd Isa di Kg. Sri Andalas, Puchong, Selangor yang terjejas teruk akibat banjir ini. Kumpulan sukarelawan ini bertolak dari HCTM, UKM pada 23 Disember 2021 jam 8.30 pagi dan perjalanan ke Puchong mengambil masa satu jam. Setibanya di sana, usaha dan kerja-kerja pembersihan giat dijalankan sehingga jam 1 petang.

Seluruh warga PTS berharap agar inisiatif ini dapat mengubati kesedihan dan membantu memulihkan semangat Encik Mohd Isa sekeluarga dalam menghadapi ujian ini, di samping dapat meringankan beban akibat kerugian harta benda yang ditanggung beliau sekeluarga.

En. Mohd Isa (empat dari kiri) menerima sumbangan dari wakil PTS

Bengkel Hala Tuju PTS

15 Dec 2021
Oleh NAK | Foto: NAK

Khamis, 9 Dis – Bengkel Hala Tuju Pusat Terapi Sel (PTS) telah diadakan selama satu(1) hari bertempat di Hotel Park Inn by Radisson, Kajang, Selangor. Aturcara dimulakan dengan upacara perasmian yang telah disempurnakan oleh Prof. Dr. S Fadilah Abdul Wahid selaku Ketua Pusat Terapi Sel. Bengkel ini merupakan aktiviti PTj yang disertai oleh seramai 20 orang kakitangan PTS.

PTS mengambil inisiatif bengkel ini untuk memberi kefahaman tentang halatuju dan pelaksanaan pengurusan PTS di samping meningkatkan kerjasama antara staf yang berlainan skop tugas dalam melaksanakan misi dan visi PTS. Penganjuran bengkel ini juga merupakan satu platform perancangan strategik bagi merangka dan menambahbaik aktiviti tahunan sejajar dengan sasaran KPI PTj yang telah ditetapkan.

Sesi pertama bengkel dimulai dengan perbincangan kumpulan mengikut nic/fungsi bagi merangka dan merumus perancangan aktiviti nic/fungsi yang berkaitan. Peserta telah dibahagikan mengikut 4 nic/fungsi utama iaitu Penjanaan, Penerbitan, MSH dan Jaringan & Kerjasama. Hasil perbincangan tersebut telah dibentangkan oleh setiap kumpulan pada sesi kedua bengkel. Mengakhiri bengkel ini adalah ucapan penutup daripada Prof. Dr. S Fadilah Abdul Wahid, di mana melalui ucapan tersebut beliau berharap penganjuran bengkel ini bukan sahaja dapat meningkatkan kompetensi staf PTS tetapi juga membentuk potensi kepimpinan yang lebih baik.

Kesimpulannya, penganjuran bengkel ini dapat meningkatkan motivasi diri dalam membudayakan kerja lebih efisien, selamat dan cemerlang di samping mewujudkan interaksi positif dalam kalangan staf bagi membentuk semangat kerja satu pasukan.

Selamat Datang kepada Puan Nur Syahirah Baidilleh (Pembantu Tadbir)

17 Sep 2021
Oleh NAK | Foto: NSB

10 Sept 2021 – Pusat Terapi Sel mengalu-alukan kedatangan kakitangan baru, Pembantu Tadbir iaitu Puan Nur Syahirah Baidilleh yang telah melapor diri di Pusat Terapi Sel pada 10 Sept 2021 yang lalu. Beliau merupakan kakitangan HCTM yang telah berkhidmat di Jabatan Kewangan, HCTM dari Dis 2019 sehingga Sept 2021. Semoga dengan kehadiran beliau ini akan dapat meningkatkan mutu pengurusan pejabat dan pengkeranian di Pusat Terapi Sel di samping mentransfomasi budaya kerja ke arah yang lebih cemerlang. Selamat datang dan selamat maju jaya diucapkan!

Puan Nur Syahirah Baidilleh – Pembantu Tadbir N19

Majlis Penghargaan Kakitangan, Puan Siti Noor Fatimah Mohd Zain

14 Sep 2021
Oleh NAK | Foto: NAK

14 Sept 2021 – Satu majlis penghargaan khusus telah diadakan pada 3 Sept 2021 bagi meraikan jasa dan sumbangan Puan Siti Noor Fatimah Mohd Zain (Pembantu Tadbir, Pusat Terapi Sel) sempena pertukaran beliau ke Jabatan Otorinolaringologi, HCTM. Majlis telah diadakan di Bilik Seminar Pusat Terapi Sel dengan kehadiran minimum kakitangan mengikut SOP yang telah ditetapkan. Turut hadir dalam majlis ini adalah Ketua Pusat Terapi Sel iaitu Prof. Dr. S Fadilah Abdul Wahid.

Puan Siti Noor Fatimah mula menabur bakti sebagai Pembantu Tadbir di Pusat Terapi Sel (PTS) pada tahun 2010 dan telah banyak membantu memudahcara perkhidmatan pengurusan dan pengkeranian di PTS. Di samping itu, beliau turut banyak menimba ilmu dan menguasai kemahiran kendiri sepanjang 11 tahun melaksanakan tugas di PTS. PTS mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih di atas jasa dan sumbangan beliau yang telah ditabur dalam menjayakan misi dan visi PTS. Majlis diakhiri dengan penyerahan cenderahati tanda penghargaan dan ingatan kepada Puan Siti Noor Fatimah Mohd Zain.

Terima kasih diucapkan dan semoga jalinan ukhuwah berkekalan!

Penyampaian sijil dan cenderahati disempurnakan oleh Prof. Dr. S Fadilah Abdul Wahid

Selamat Datang kepada Dr. Nor Saaidah Kamal Rodin (Pakar Perubatan Dalaman) ke Pusat Terapi Sel

10 Jun 2021
Oleh NAK | Foto: NSKR

10 Jun 2021 – Pusat Terapi Sel (PTS) mengalu-alukan kedatangan Pakar Perubatan Dalaman yang baru dilantik iaitu Dr. Nor Saaidah Kamal Rodin yang telah melapor diri di PTS pada 01 Jun 2021 yang lalu.  Semoga dengan kehadiran beliau ini akan dapat meningkatkan mutu perkhidmatan terapi sel di samping mentransfomasi budaya kerja ke arah yang lebih cemerlang. Selamat datang dan tahniah diucapkan di atas lantikan ini!

Dr. Nor Saaidah Kamal Rodin, Pakar Perubatan Dalaman UD51

1 2 3 4 5 7

Search

+