SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

13 Nov 2024

Kuala Lumpur, 12 November- Pusat Terapi Sel dengan penuh penghargaan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Prof. Dato’ Dr. Fuad Ismail atas sumbangan dan khidmat bakti beliau sepanjang memegang jawatan sebagai Ketua Pusat Terapi Sel, Hospital Canselor Tuanku Muhriz.

Sepanjang tempoh perkhidmatan, Prof. Dato’ Dr. Fuad Ismail telah menunjukkan kepimpinan yang cemerlang, dedikasi yang tinggi, serta komitmen yang tidak ternilai dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan di pusat terapi ini. Kami mendoakan agar Prof. Dato’ Dr. Fuad Ismail terus berjaya dalam setiap langkah dan segala usaha beliau mendapat ganjaran yang setimpal. Terima kasih atas segala khidmat dan sumbangan yang telah diberikan.

Kursus Pengukuhan Kerja Berpasukan (Team-Building) Pusat Terapi Sel 2024

11 Nov 2024

Janda Baik, 5 September- Pusat Terapi Sel (PTS) telah mengadakan Kursus Pengukuhan Kerja Berpasukan pada 5 dan 6 September 2024  bertujuan untuk memperkukuh kekuatan fizikal, mental, dan rohani kakitangan PTS. Kursus yang diadakan di Cherengin Hills Convention & Spa Resort ini turut memberi tumpuan kepada peningkatan kemahiran insaniah seperti kepimpinan, komunikasi, kerja berpasukan, serta kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

Program dua hari satu malam ini memberi peluang kepada peserta untuk berinteraksi, berkolaborasi, dan menghadapi cabaran secara berpasukan, memperkukuhkan lagi hubungan dalam organisasi. Aktiviti yang dijalankan di resort ini telah berjaya mengeratkan silaturahim dan memberi pengalaman berharga kepada semua yang terlibat.

 

 

 

PELANTIKAN SEBAGAI KETUA PUSAT TERAPI SEL HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ

11 Nov 2024

Kuala Lumpur, 11 November- Sekalung tahniah dan syabas kepada YBhg. Dr. Nor Saaidah Kamal Rodin di atas pelantikan  beliau sebagai Ketua Pusat Terapi Sel, HCTM berkuatkuasa 04 November 2024 sehingga 03 November 2027.

Semoga Pusat Terapi Sel akan terus maju di bawah pimpinan beliau!

Bengkel Pemerkasaan Kualiti Perkhidmatan Pusat Terapi Sel

23 Oct 2024

KUALA LUMPUR, 23 Mei- Satu bengkel pemerkasaan kualiti perkhidmatan telah diadakan pada 23 Mei 2024  di Bilik Aktiv (Alpha), Aras 13, Blok Pra-Klinikal, UKM Cheras. Bengkel ini dihadiri oleh 17 peserta bersama fasilitator jemputan daripada Jabatan Kualiti dan sumber manusia. Sesi pagi dipimpin oleh Puan Analiza Abu Bakar dan Puan Nor Filzati Nabilah Binti Mazlan, yang membincangkan pengurusan kualiti dan dokumentasi MSQH. Terdapat cadangan untuk meletakkan perkhidmatan PTS di bawah Standard 24 serta penubuhan jawatankuasa untuk memantau kelancaran proses dokumentasi.

Sesi petang yang dikendalikan oleh Encik Norrul Izuhan Bin Shafri memberi tumpuan kepada penyusunan kerjaya dan laluan kenaikan pangkat, menekankan pentingnya setiap kakitangan mempunyai Job Description (JD) yang jelas. Penambahbaikan juga dibincangkan, termasuk keperluan untuk menyusun minit mesyuarat agar mematuhi keperluan MSQH. Bengkel ini bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan di Pusat Terapi Sel, memastikan penglibatan aktif semua kakitangan dalam proses peningkatan kualiti.

 

The Role of Internist in Cancer Management (ROICAM) 11

23 Oct 2024

JAKARTA, 13 Oktober 2024 – Dr. S Fadilah Abdul Wahid (Pakar Perunding Kanan Hematologi Klinikal & Transplantasi Sel Stem) telah dijemput sebagai penceramah bersempena dengan The Role of Internist in Cancer Management (ROICAM) 11 yang telah diadakan pada 11 – 13 Oktober 2024 bertempat di Shangri_La Jakarta, Indonesia. Dr. S. Fadilah telah menyampaikan ceramah pada hari ketiga persidangan bertajuk Revolutionizing blood cancer treatment with CAR-T cells.

Selain daripada itu, satu sesi perbincangan telah diadakan di antara Pusat Terapi Sel, HCTM UKM, Malaysia dengan National Cancer Center Dharmais Hospital, Jakarta, Indonesia bagi berkongsi rawatan terkini kanser darah dan kajian klinikal CAR-T yang dijalankan di PTS-HCTM, UKM. Sesi round table discussion bersama pakar perubatan dan saintis dalam perawatan kanser darah dan teknologi terapi sel CAR-T tersebut telah diadakan pada 11 Oktober 2024 yang lalu bertempat di National Cancer Center Dharmais Hospital, Jakarta, Indonesia dan diwakili oleh delegasi dari Pusat Terapi Sel iaitu Dr. S Fadilah Abdul Wahid (Pakar Perunding Kanan Hematologi Klinikal & Transplantasi Sel Stem) dan Nor Azimah Binti Ismail (Pegawai Sains).

Dalam perbincangan selama 2 jam tersebut, wakil daripada kedua-dua institusi telah berkongsi pengalaman, cabaran dan hasil kajian sebagai titik mula jalinan kerjasama yang akan diusahakan bagi membangunkan teknologi rawatan terkini penyakit kanser darah khususnya. Semoga kerjasama ini dapat dimajukan seterusnya memberi impak positif dalam penambahbaikan kualiti rawatan perubatan di rantau ini.

Seminar Advances in Cell Therapy and Chronic Wound Management

11 Oct 2024

KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Seminar hibrid “Advances in Cell Therapy and Chronic Wound Management” telah diadakan pada 10 Ogos 2024 di Bilik seminar Pusat Terapi Sel HCTM-UKM dan secara virtual melalui Zoom dengan Kerjasama Cytopeutics Sdn Bhd. Seminar ini telah disampaikan oleh beberapa penceramah, termasuk Prof. Dato’ Dr. Harikrishna K. R. Nair (Hospital Kuala Lumpur) Malaysia, Mr. Adzim Poh (HCTM-UKM), Prof. Dr. Chin Sze Piaw (Cytopeutics Sdn. Bhd.), Prof. Dr. S. Fadilah Abdul Wahid (HCTM-UKM) dan Prof. Yukihito Higashi (Hiroshima University). Seminar ini diakhiri dengan diskusi panel interaktif.

CAR-T Cells Therapy Round Table Discussion

23 Jan 2024

MEDAN, 10 Januari – Satu sesi perbincangan telah diadakan di antara Pusat Terapi Sel, HCTM UKM, Malaysia dengan Murni Teguh Memorial Hospital, Medan, Indonesia bagi membangunkan kaedah rawatan kanser melalui terapi sel CAR-T di rantau ini. Sesi ‘Round Table Discussion‘ bersama pakar perubatan dan saintis dalam teknologi terapi sel CAR-T tersebut telah diadakan pada 10 Januari 2024 yang lalu bertempat di Murni Teguh Memorial Hospital, Medan, Indonesia dan diwakili oleh delegasi dari Pusat Terapi Sel iaitu Dr. S Fadilah Abdul Wahid (Pakar Perunding Kanan Hematologi Klinikal & Transplantasi Sel Stem) dan Encik Mohd Razif Mohd Idris (Pegawai Penyelidik).

Dalam perbincangan selama 1 hari tersebut, wakil daripada kedua-dua institusi telah berkongsi pengalaman, cabaran dan hasil kajian sebagai titik mula jalinan kerjasama yang akan diusahakan bagi membangunkan teknologi rawatan terkini penyakit kanser darah khususnya. Semoga kerjasama ini dapat dimajukan seterusnya memberi impak positif dalam penambahbaikan kualiti rawatan perubatan di rantau ini.

Bengkel Pemantapan Pengurusan Fail dan Hari Keluarga Pusat Terapi Sel 2023

14 Dec 2023

9 Disember 2023 – Bengkel Pemantapan Pengurusan Fail dan Hari Keluarga Pusat Terapi Sel 2023 telah diadakan selama dua(2) hari pada 9 – 10 Disember 2023 bertempat di Glory Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Seramai 21 orang kakitangan PTS telah menyertai bengkel ini dengan memberi kerjasama dan komitmen yang menyeluruh bagi memastikan kelancaran aktiviti sepanjang program dua hari ni dijalankan.

Syabas diucapkan kepada semua kakitangan Pusat Terapi Sel!

Pemenang Pertandingan Poster Infografik Hari Integriti 2023 – Puan Nor Azimah Ismail

8 Dec 2023
7 Dis 2023 – Unit Integriti & Ombudsman mengadakan Sambutan Hari Integriti Nasional dan Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) peringkat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi Tahun 2023 di Bilik Senat, Bangunan Canselori UKM, hari ini.
Majlis yang dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi, Prof Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani ini diadakan bagi memberi kesedaran, meningkatkan pemahaman serta menyebarluaskan kepentingan nilai integriti khususnya kepada warga Universiti Watan. (Sumber: https://www.ukm.my/strategi-ukm/news/sambutan-hari-integriti-nasional-hari-antirasuah-antarabangsa/)
Pegawai Sains Pusat Terapi Sel (HCTM) iaitu Puan Nor Azimah Ismail telah berjaya memenangi Pertandingan Poster Infografik terbaik bersempena sambutan ini.
Syabas diucapkan!

Lawatan Y.M. Tunku Dato’ Seri Utama Naquiyuddin ibni Tuanku Ja’afar dan Y.M. Tunku Mohamed Alauddin Tunku Naquiyuddin ke Makmal PINTAS

24 Nov 2023

22 Nov 2023 – Makmal PINTAS (Pusat Terapi Sel, HCTM) berbesar hati menerima kunjungan Y.M. Tunku Dato’ Seri Utama Naquiyuddin ibni Tuanku Ja’afar dan Y.M. Tunku Mohamed Alauddin Tunku Naquiyuddin pada hari ini. Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Prof Dato Dr Hanafiah Harunarashid, selaku Pro Naib Canselor (KKL) UKM. Ketibaan disambut oleh Prof. Dr. Fuad Ismail, selaku (Yang Menjalankan Tugas) Ketua Pusat Terapi Sel diiringi oleh kakitangan Makmal PINTAS.

Selamat datang ke Makmal PINTAS Pusat Terapi Sel!

 

1 2 3 4 8

Search

+