Majlis Menandatangani Perjanjian Penyelidikan Dan Pembangunan (RDA) antara UKM dan Cytopeutics Sdn. Bhd
Cyberjaya 4 Ogos – Pusat Terapi Sel, Pusat Perubatan UKM dan Cytopeutics Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian penyelidikan bagi Kajian Klinikal secara rawak, prospektif dan di pelbagai pusat kesihatan untuk menilai sifat-sifat sel mononuklear darah periferi autologous, sel mononuklear sumsum tulang autologous dan sel stem mesenkima tali pusat allogenik terhadap penyembuhan luka melalui implantasi setempat. Perjanjian Penyelidikan ini telah ditandatangani oleh Prof. Dr. Ima Nirvana Soelaiman (Timbalan Dekan, Penyelidikan dan Inovasi, PPUKM), Prof Dr S Fadilah Abdul Wahid (Ketua Pusat Terapi Sel, PPUKM), Zoe Cheng Voon Sze (Pengarah Eksekutif, Cytopeutics Sdn Bhd), Prof Madya Dr Chin Sze-Piaw (Penasihat Klinikal dan Penyelidikan, Cytopeutics Sdn Bhd) serta disaksikan oleh Y. Bhg. Prof. Dr Zaleha Abdullah Mahdy (Dekan Fakulti Perubatan & Pengarah PPUKM) dan Encik James Then Khong Lek (Pengarah Urusan, Cytopeutics Sdn. Bhd )





