Lawatan ke Pusat Terapi Sel dan Wad Transplant bagi Program Mobiliti Pelajar Kejururawatan Universiti Shiga, Jepun
Kuala Lumpur, 24 April- Lawatan ke Pusat Terapi Sel dan Wad Transplant bagi Program Mobiliti Pelajar Kejururawatan Universiti Shiga, Jepun telah diadakan pada 23 April 2025 melibatkan Unit Wad Transplantasi Sel Stem dan Makmal PINTAS. Pelajar diberikan pendedahan langsung mengenai penjagaan pesakit transplantasi, aliran kerja klinikal, serta amalan keselamatan. Di makmal, mereka turut mempelajari operasi asas makmal GMP, pengendalian sampel dan kepentingan kawalan kualiti dalam terapi sel.
Bagi kakitangan wad dan makmal, program ini menjadi platform perkongsian kepakaran serta mengukuhkan hubungan akademik dan klinikal melalui pertukaran ilmu dua hala. Lawatan ini turut memperluas rangkaian profesional dan meningkatkan kerjasama antarabangsa, sekali gus memberi manfaat kepada proses pendidikan dan pembangunan kompetensi di Pusat Terapi Sel.

