CAR-T Cells Therapy Round Table Discussion

23 Jan 2024

MEDAN, 10 Januari – Satu sesi perbincangan telah diadakan di antara Pusat Terapi Sel, HCTM UKM, Malaysia dengan Murni Teguh Memorial Hospital, Medan, Indonesia bagi membangunkan kaedah rawatan kanser melalui terapi sel CAR-T di rantau ini. Sesi ‘Round Table Discussion‘ bersama pakar perubatan dan saintis dalam teknologi terapi sel CAR-T tersebut telah diadakan pada 10 Januari 2024 yang lalu bertempat di Murni Teguh Memorial Hospital, Medan, Indonesia dan diwakili oleh delegasi dari Pusat Terapi Sel iaitu Dr. S Fadilah Abdul Wahid (Pakar Perunding Kanan Hematologi Klinikal & Transplantasi Sel Stem) dan Encik Mohd Razif Mohd Idris (Pegawai Penyelidik).

Dalam perbincangan selama 1 hari tersebut, wakil daripada kedua-dua institusi telah berkongsi pengalaman, cabaran dan hasil kajian sebagai titik mula jalinan kerjasama yang akan diusahakan bagi membangunkan teknologi rawatan terkini penyakit kanser darah khususnya. Semoga kerjasama ini dapat dimajukan seterusnya memberi impak positif dalam penambahbaikan kualiti rawatan perubatan di rantau ini.

Search

+