BERITA – Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) antara UKM dengan CYTOPEUTICS SDN BHD

7 Nov 2018
Ihsan Pusat Jaringan, Komunikasi Korporat dan Teknopolis Kesihatan KKL UKM

CHERAS, 31 Oktober 2018 – Pusat Terapi Sel (PTS), Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM
dengan kerjasama Cytopeutics Sdn Bhd, telah mengadakan majlis Menandatangani Memorandum
Perjanjian (MoA) bertempat di Sukmaria, Tingkat 3, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Kampus
Kuala Lumpur UKM.

Memorandum Perjanjian ini adalah kesinambungan daripada Memorandum perjanjian yang telah
ditandatangani pada 22 Ogos 2011 serta beberapa siri perjanjian penyelidikan oleh kedua-dua
pihak sejak 2011 dalam membangunkan hubungan yang lebih rapat dalam penyelidikan terapi sel
sehinggalah kesepakatan untuk menyambung dan menandatangani Memorandum perjanjian dapat
direalisasikan pada hari ini.

Prof. Datuk Dr. A Rahman dalam ucapannya berkata, kolaborasi antara UKM-Cytopeutics ini akan
memfokuskan kepada bidang penyelidikan dan pembangunan teknologi rawatan berasaskan sel
stem. Memorandum Perjanjian ini untuk meningkatkan kerjasama dan potensi aplikasi klinikal
menggunakan sel stem. Tambah beliau, kajian-kajian bakal ditumpukan dalam penyelidikan sel
stem bagi mengoptimakan fungsinya dalam terapi perubatan termasuk wound healing, ischemic
cardiomyopathy (kegagalan jantung), peripheral occlusive arterial disease, cerebrovascular
disease (stroke), cartilage injury dan sebagainya.

Pusat Terapi Sel (PTS) menyediakan perkhidmatan terapi sel yang merangkumi sel stem
hematopoietik, sel darah limfosit dan sel dendritik semenjak 1999 dan berjaya melakukan lebih 200
pemindahan autologous dan allogenik sel stem hematopoetik untuk pelbagai penyakit kanser
darah dan penyakit sum-sum tulang. Rakan kerjasama PTS iaitu Cytopeutics Sdn Bhd merupakan
syarikat peneraju dalam kajian dan rawatan sel stem di Malaysia. Cytopeutics kini bergerak maju
dalam penyelidikan sel stem untuk merawat kegagalan jantung, penyakit jantung iskemia,
osteoarthritis (lutut) dan kencing manis. Ujian klinikal dijalankan dengan profesional, berdasarkan
teknologi dan protokol yang dipatenkan.

Hadir dalam majlis ialah Prof. Datuk Dr. A Rahman A Jamal, Pro Naib Canselor Kampus KL, Prof.
Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Prof. Dr. S Fadilah
Abdul Wahid, Ketua Pusat Terapi Sel HCTM, dan Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh, wakil Dekan
Fakulti Perubatan. Manakala pihak Cytopeutics pula dihadiri oleh Encik James Then Khong Lek,
Pengarah Urusan, Puan Zoe Cheng Voon Sze, Pengarah Eksekutif, dan Prof. Dr. Chin Sze Piaw,
Penasihat Klinikal dan Kajian.

Search

+