Bengkel Pemerkasaan Kualiti Perkhidmatan Pusat Terapi Sel
KUALA LUMPUR, 23 Mei- Satu bengkel pemerkasaan kualiti perkhidmatan telah diadakan pada 23 Mei 2024 di Bilik Aktiv (Alpha), Aras 13, Blok Pra-Klinikal, UKM Cheras. Bengkel ini dihadiri oleh 17 peserta bersama fasilitator jemputan daripada Jabatan Kualiti dan sumber manusia. Sesi pagi dipimpin oleh Puan Analiza Abu Bakar dan Puan Nor Filzati Nabilah Binti Mazlan, yang membincangkan pengurusan kualiti dan dokumentasi MSQH. Terdapat cadangan untuk meletakkan perkhidmatan PTS di bawah Standard 24 serta penubuhan jawatankuasa untuk memantau kelancaran proses dokumentasi.
Sesi petang yang dikendalikan oleh Encik Norrul Izuhan Bin Shafri memberi tumpuan kepada penyusunan kerjaya dan laluan kenaikan pangkat, menekankan pentingnya setiap kakitangan mempunyai Job Description (JD) yang jelas. Penambahbaikan juga dibincangkan, termasuk keperluan untuk menyusun minit mesyuarat agar mematuhi keperluan MSQH. Bengkel ini bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan di Pusat Terapi Sel, memastikan penglibatan aktif semua kakitangan dalam proses peningkatan kualiti.




