Bengkel Mesenchymal Stem Cell Culture
25 Okt – Pusat Terapi Sel (HTCM) dengan kerjasama Stemedics Sdn Bhd telah mengadakan bengkel “Mesenchymal Stem Cell Culture Workshop” bertajuk ISOLATION OF ADIPOSE-DERIVED MESENCHYMAL STEM CELLS FROM HUMAN ADIPOSE TISSUE. Seramai 20 orang peserta telah menghadiri sesi seminar yang disampaikan oleh pencemarah jemputan, Dr. Voja Jovanovic (StemCell Technologies Inc.)
Secara keseluruhannya, matlamat penganjuran bengkel ini telah tercapai di mana setiap peserta berjaya mempelajari dan mempraktikkan teknik pemencilan sel induk daripada tisu adipos dengan betul mengikut prosedur yang telah digunapakai di PTS. Peserta juga telah didedahkan dengan teknik pengkulturan tisu bagi mendapatkan hasil yang reproducible. Perkongsian idea dan pengalaman di antara peserta, penceramah jemputan dan fasilitator telah meningkatkan pengetahuan individu dalam bidang kajian sel induk serta menjadi pemangkin bagi meluaskan lagi jaringan penyelidikan di PTS.





