Bengkel Imej & Keterampilan Profesional
Kuala Lumpur, 27 Mei 2025 –Bengkel Imej & Keterampilan Profesional telah diadakan pada 27 Mei 2025 bertempat di SUKMARIA, HCTM. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan kakitangan bahawa keterampilan diri serta personaliti yang menarik merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi.
Bengkel ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Nizam Hashim, Ketua Unit Protokol, Acara dan Media, HPKK yang berkongsi panduan praktikal berkaitan imej profesional, etika penampilan dan pembentukan keyakinan diri. Program ini diharap dapat membantu kakitangan menampilkan imej profesional yang positif, sekali gus menyokong peningkatan kualiti perkhidmatan dan reputasi organisasi.



