Bengkel Hala Tuju PTS

15 Dec 2021
Oleh NAK | Foto: NAK

Khamis, 9 Dis – Bengkel Hala Tuju Pusat Terapi Sel (PTS) telah diadakan selama satu(1) hari bertempat di Hotel Park Inn by Radisson, Kajang, Selangor. Aturcara dimulakan dengan upacara perasmian yang telah disempurnakan oleh Prof. Dr. S Fadilah Abdul Wahid selaku Ketua Pusat Terapi Sel. Bengkel ini merupakan aktiviti PTj yang disertai oleh seramai 20 orang kakitangan PTS.

PTS mengambil inisiatif bengkel ini untuk memberi kefahaman tentang halatuju dan pelaksanaan pengurusan PTS di samping meningkatkan kerjasama antara staf yang berlainan skop tugas dalam melaksanakan misi dan visi PTS. Penganjuran bengkel ini juga merupakan satu platform perancangan strategik bagi merangka dan menambahbaik aktiviti tahunan sejajar dengan sasaran KPI PTj yang telah ditetapkan.

Sesi pertama bengkel dimulai dengan perbincangan kumpulan mengikut nic/fungsi bagi merangka dan merumus perancangan aktiviti nic/fungsi yang berkaitan. Peserta telah dibahagikan mengikut 4 nic/fungsi utama iaitu Penjanaan, Penerbitan, MSH dan Jaringan & Kerjasama. Hasil perbincangan tersebut telah dibentangkan oleh setiap kumpulan pada sesi kedua bengkel. Mengakhiri bengkel ini adalah ucapan penutup daripada Prof. Dr. S Fadilah Abdul Wahid, di mana melalui ucapan tersebut beliau berharap penganjuran bengkel ini bukan sahaja dapat meningkatkan kompetensi staf PTS tetapi juga membentuk potensi kepimpinan yang lebih baik.

Kesimpulannya, penganjuran bengkel ini dapat meningkatkan motivasi diri dalam membudayakan kerja lebih efisien, selamat dan cemerlang di samping mewujudkan interaksi positif dalam kalangan staf bagi membentuk semangat kerja satu pasukan.

Search

+