Bengkel Imej & Keterampilan Profesional

27 May 2025

Kuala Lumpur, 27 Mei 2025 –Bengkel Imej & Keterampilan Profesional telah diadakan pada 27 Mei 2025 bertempat di SUKMARIA, HCTM. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan kakitangan bahawa keterampilan diri serta personaliti yang menarik merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi.

Bengkel ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Nizam Hashim, Ketua Unit Protokol, Acara dan Media, HPKK yang berkongsi panduan praktikal berkaitan imej profesional, etika penampilan dan pembentukan keyakinan diri. Program ini diharap dapat membantu kakitangan menampilkan imej profesional yang positif, sekali gus menyokong peningkatan kualiti perkhidmatan dan reputasi organisasi.

Lawatan ke Makmal Pusat Terapi Sel & Wad Transplantasi Sel Stem

21 May 2025

Kuala Lumpur, 21 Mei 2025- Lawatan ke Makmal Pusat Terapi Sel dan Wad Transplantasi Sel Stem melibatkan pelajar Tahun 2 Program Sarjana Muda Kejururawatan, Fakulti Perubatan UKM telah diadakan pada 20 Mei bertempat di Makmal PINTAS dan Wad BMT (2C). Lawatan ini memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai operasi makmal cGMP, proses pengendalian sel, serta penjagaan pesakit transplantasi dalam persekitaran klinikal berisiko tinggi.

Matlamat utama lawatan ini adalah untuk meningkatkan pemahaman pelajar tentang peranan terapi sel dan transplantasi dalam rawatan moden. Objektif program turut tercapai apabila pelajar berpeluang melihat secara langsung aliran kerja, amalan keselamatan, serta koordinasi antara makmal dan wad, sekali gus membantu mengukuhkan pengetahuan asas dan memantapkan kecekapan mereka dalam bidang kejururawatan klinikal.

22nd Malaysian Society of Haematology Annual Scientific Meeting, ST Giles Wembley Penang Hotel

28 Apr 2025

Pulau Pinang, 28 April- 22nd Malaysian Society of Haematology (MSH) Annual Scientific Meeting telah berlangsung pada 24–26 April 2025 bertempat di St. Giles Wembley Penang Hotel. Program ini turut disertai oleh kakitangan Pengurusan dan Profesional, termasuk pakar perubatan hematologi dan pakar transplant dari Pusat Terapi Sel.

Penyertaan ini memberi peluang kepada peserta untuk mengikuti perkembangan terkini dalam bidang hematologi dan transplant, meliputi inovasi rawatan, amalan klinikal terbaik serta dapatan penyelidikan terbaharu. Program ini juga menjadi platform penting untuk bertukar pandangan dengan pakar tempatan dan antarabangsa, mengukuhkan rangkaian profesional serta meningkatkan pengetahuan yang dapat diaplikasikan dalam perkhidmatan klinikal dan terapi sel. Penyertaan tersebut secara langsung menyokong pembangunan kompetensi dan peningkatan kualiti perkhidmatan di jabatan.

Perbincangan CAR-T Cell Research Pusat Terapi Sel bersama Biotechno

25 Apr 2025

Kuala Lumpur, 25 Apr 2025- Perbincangan CAR-T Cell Research Pusat Terapi Sel bersama Biotechno telah berlangsung pada 24 April 2025 di Bilik Seminar Pusat Terapi Sel. Sesi ini membincangkan potensi kerjasama dalam penyelidikan CAR-T, termasuk keperluan fasiliti, pembangunan teknologi dan hala tuju kajian.

Perbincangan ini memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, di mana Pusat Terapi Sel berpeluang memperkukuh kapasiti penyelidikan dan inovasi, manakala Biotechno dapat mengakses kepakaran klinikal serta data relevan bagi pembangunan teknologi mereka. Kolaborasi ini diharap dapat menyokong kemajuan penyelidikan dan terapi CAR-T di Malaysia.

Lawatan ke Pusat Terapi Sel dan Wad Transplant bagi Program Mobiliti Pelajar Kejururawatan Universiti Shiga, Jepun

24 Apr 2025

Kuala Lumpur, 24 April- Lawatan ke Pusat Terapi Sel dan Wad Transplant bagi Program Mobiliti Pelajar Kejururawatan Universiti Shiga, Jepun telah diadakan pada 23 April 2025 melibatkan Unit Wad Transplantasi Sel Stem dan Makmal PINTAS. Pelajar diberikan pendedahan langsung mengenai penjagaan pesakit transplantasi, aliran kerja klinikal, serta amalan keselamatan. Di makmal, mereka turut mempelajari operasi asas makmal GMP, pengendalian sampel dan kepentingan kawalan kualiti dalam terapi sel.

Bagi kakitangan wad dan makmal, program ini menjadi platform perkongsian kepakaran serta mengukuhkan hubungan akademik dan klinikal melalui pertukaran ilmu dua hala. Lawatan ini turut memperluas rangkaian profesional dan meningkatkan kerjasama antarabangsa, sekali gus memberi manfaat kepada proses pendidikan dan pembangunan kompetensi di Pusat Terapi Sel.

Jamuan Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Jabatan PTS

21 Apr 2025

Kuala Lumpur, 21 April – Jamuan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Jabatan Pusat Terapi Sel telah diadakan pada 18 Mei 2025 bagi meraikan perayaan Aidilfitri bersama seluruh warga jabatan.

Program ini menjadi wadah untuk mengeratkan ukhuwah, merapatkan hubungan antara staf serta mewujudkan suasana harmoni di tempat kerja. Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan-rakan kerja daripada unit dan jabatan yang sentiasa berurusan dengan PTS, sekali gus mengukuhkan jaringan kerjasama dan hubungan profesional antara jabatan.

Diharapkan penganjuran acara sebegini dapat terus memperkukuh budaya kerja positif di Jabatan PTS.

Majlis Berbuka Puasa Peringkat Jabatan Pusat Terapi Sel 2025

8 Mar 2025

Putrajaya, 8 Mac- Majlis Berbuka Puasa Peringkat Jabatan Pusat Terapi Sel 2025 telah berlangsung pada 7 Mac 2025 bertempat di The Avenoir, Putrajaya.

Majlis ini menghimpunkan warga jabatan dalam suasana penuh mesra dan harmoni, sekali gus mengukuhkan hubungan silaturahim serta semangat kekeluargaan antara staf. Selain itu, program ini turut menjadi platform untuk mempertingkat komunikasi dalaman, memantapkan kerjasama berpasukan dan menyemai budaya kerja yang lebih positif.

Latihan Sangkut Bagi Program Latihan Subkepakaran (Area Of Interest Transfusion Medicine: Good Manufacturing Practice)

8 Mar 2025

Kuala Lumpur, 7 Mac- Latihan Sangkut Program Latihan Subkepakaran (Area of Interest: Transfusion Medicine: Good Manufacturing Practice) telah berjaya dijalankan di Makmal PINTAS, HCTM dari 3 sehingga 7 Mac 2025.

Peserta diberi pendedahan asas mengenai operasi makmal bertaraf cGMP, termasuk pematuhan piawaian, prosedur kerja terkawal, kawalan kualiti dan keselamatan produk. Latihan ini membantu meningkatkan kefahaman peserta mengenai peranan makmal cGMP dalam menyokong perkhidmatan transfusi yang selamat dan berkualiti.

 

Brainstorming Hala Tuju dan Majlis Perpisahan Pusat Terapi Sel, HCTM

26 Dec 2024

Bangi, 17 Disember– Majlis perpisahan dan serah terima tugas Ketua Pusat Terapi Sel(PTS) telah berlangsung dengan jayanya di Bangi Resort Hotel pada 17 Disember 2024, bagi menghargai sumbangan Prof. Dato’ Dr. Hj. Fuad Ismail selama dua tahun sebagai yang menjalankan tugas Ketua PTS. Kepimpinan beliau yang cemerlang telah memastikan kelancaran perkhidmatan kepada pesakit dan pelanggan serta memperkukuhkan fungsi PTS di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM). Selain itu, sesi brainstorming hala tuju jabatan turut diadakan terutama dalam menangani isu-isu semasa yang perlu diselesaikan bagi memastikan pengurusan jabatan berjalan lancar.

Terima kasih diucapkan kepada Prof. Dato’ Dr. Hj. Fuad Ismail atas segala sumbangan beliau, dan selamat maju jaya kepada Dr. Nor Saaidah Kamal Rodin sebagai Ketua PTS yang baru dalam meneruskan tugas dan tanggungjawab yang penting ini. Dengan kerjasama dan komitmen seluruh kakitangan, PTS diharapkan dapat terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit serta mencapai matlamat yang lebih cemerlang.

 

 

Bengkel Laporan Akhir Tahun 2024 & Perancangan 2025 Pusat Terapi Sel, HCTM

2 Dec 2024

Kuala Lumpur, 19 Nov 2024- Satu bengkel berkaitan Laporan Akhir Tahun 2024 dan Perancangan 2025 telah diadakan di Bilik Seminar Galaksi, ASSC, HCTM. Bengkel ini dihadiri oleh 27 peserta dari pelbagai unit di Pusat Terapi Sel, termasuk klinikal, makmal, dan pentadbiran. Objektif utama bengkel ini adalah untuk menyediakan laporan akhir tahun yang akan dihantar kepada Pejabat Pengarah. Laporan ini berfungsi sebagai rekod maklumat, bahan rujukan, dan untuk menyampaikan data mengenai hasil kerja, kewangan, prestasi, pencapaian, serta masalah yang dihadapi. Laporan tersebut juga bertujuan membantu pihak pengurusan dalam membuat keputusan penting.

Setiap unit di Pusat Terapi Sel membentangkan pencapaian mereka mengikut format yang ditetapkan. Melalui bengkel ini, pihak pentadbiran dapat memperbaiki format laporan dan memastikan keselarasan dalam penyampaian maklumat. Selain itu, bengkel ini juga memberi ruang untuk merancang langkah-langkah bagi tahun 2025 bagi memastikan Pusat Terapi Sel terus mencapai kecemerlangan dalam mutu kerja.

 

1 2 3 8

Search

+