Oleh NAK | Foto: Penerbit UKM, JMP PPUKM

12 – 13 SEPTEMBER 2017

12 September 2017 – Forum Umum ke-4 Pusat Terapi Sel telah diadakan dengan jayanya bertempat di Auditorium & Lobi Utama PPUKM. Program selama dua hari yang bertemakan “Sel Stem – Sinar Baru Dunia Perubatan” ini telah dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Sri Dr. S Subramaniam yang diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), Datuk Dr. Sharnaz Murad. Turut hadir adalah Ahli Lembaga Pengarah UKM iaitu Tan Sri Dato Seri Dr. Ibrahim Saad;  Pengarah UMBI, Prof Datuk Dr. A Rahman A Jamal; Timbalan Dekan Fakulti Perubatan UKM, Prof. Dr. Roslina Abdul Manap dan Ketua Pusat Terapi Sel PPUKM iaitu Prof Dr. S Fadilah Abdul Wahid.

Gimik perasmian yang disempurnakan oleh Datuk Dr. Sharnaz Murad

Sesi penggambaran selepas upacara perasmian Forum Umum Ke-4 2017

Sesi penyampaian cenderahati kepada perasmi

 

Forum umum kali ini yang bertemakan “Sel Stem – Sinar Baru Dunia Perubatan” bertujuan memberi pengetahuan dan kesedaran kepada masyarakat mengenai kegunaan dan kepentingan sel stem dalam aplikasi perubatan masa kini. Pengetahuan ini sangat penting bagi merungkai persoalan dan menjawab kekeliruan serta salah tanggapan masyarakat khususnya mengenai sel stem, di samping memberi harapan baru dalam bidang perubatan di Malaysia untuk meningkatkan taraf kesihatan dan kualiti kehidupan secara amnya.

Penganjuran program ini adalah hasil usaha giat dan komitmen kakitangan Pusat Terapi Sel, PPUKM yang telah disokong oleh syarikat penyelidikan sel stem, Cytopeutics Sdn. Bhd. yang merupakan penaja utama program ini. Sejumlah 500 orang peserta dari kalangan kakitangan UKM/PPUKM, pengamal perubatan dan kakitangan daripada hospital kerajaan dan swasta, saintis daripada agensi penyelidikan dalam/luar, orang awam dan juga pelajar sekolah telah menyertai forum ini.

Bersempena dengan forum umum ini, majlis pelancaran laman sesawang rasmi Pusat Terapi Sel (http://www.ppukm.ukm.my/terapisel/) telah dilaksanakan diikuti dengan pelancaran buku bertajuk “Fundamentals in Setting Up a cGMP Facility for Cell-based Therapies” terbitan Penerbit UKM.

Buku “Fundamentals in Setting Up a cGMP Facility for Cell-based Therapies” yang telah dilancarkan secara rasmi bersempena Forum Umum Ke-4 2017

Pelbagai acara menarik telah diadakan sepanjang dua hari program ini berlangsung termasuklah 1) Program derma darah oleh Pusat Darah Negara, 2) Pameran kesihatan oleh jabatan/pusat di PPUKM seperti Pusat Kejuruteraan Tisu, Unit Rawatan Intensif Kardiotorasik Surgeri (CICU), Jabatan Farmasi dan agensi luar seperti Malaysian Stem Cell Registry, IMR, 3) Booth jualan, dan 4) Pemeriksaan kesihatan percuma, kuiz dan lain-lain.

Acara kemuncak program ini adalah Forum Perdana yang berlangsung selama 2 jam di Auditorium PPUKM. Forum Perdana yang bertajuk “Sel Stem-Aplikasi Perubatan Kini, antara Manfaat, Risiko dan Perspektif Islam” ini telah dikendalikan oleh selebriti terkenal tanahair iaitu Januar Haikal selaku moderator forum berkenaan. Forum perdana ini turut dimeriahkan dengan kehadiran tetamu jemputan terkemuka di Malaysia seperti Imam Muda Asyraf, penyanyi terkenal Sasha Saidin, pakar sel stem dalam bidang perubatan dan penyelidikan iaitu Prof Dr S Fadilah Abdul Wahid (Ketua Pusat Terapi Sel) dan Dr. Chin Sze Piaw (Cytopeutics Sdn. Bhd) serta Dr. Azizah Ab Ghani (Ketua Seksyen Biologik, NPRA, KKM) yang telah mengupas topik hangat dan menjawab persoalan dan kekeliruan masyarakat tentang sel stem dari aspek perubatan dan kesihatan, kecantikan serta perspektif islam.

Forum Perdana bertempat di Auditorium HCTM PPUKM yang menampilkan panel-panel terkemuka membincangkan isu hangat tentang sel stem

Sasha Saidin – Panel jemputan forum perdana

Prof. Dr. S Fadilah Abdul Wahid – Panel jemputan forum perdana

Imam Muda Asyraf – Panel jemputan forum perdana

Januar Haikal bertindak sebagai moderator forum perdana

Dr. Chin Sze Piaw – Panel jemputan forum perdana

Dr. Azizah Ab Ghani – Panel jemputan forum perdana

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sesi bergambar peserta yang hadir bersama panel-panel jemputan

Pada hari ke-2 program ini telah berlangsungnya seminar Keynote Session berkaitan aplikasi sel stem dalam bidang perubatan dan penyelidikan yang telah ditaja oleh syarikat Cytopeutics Sdn. Bhd., Takeda Malaysia Sdn. Bhd. dan Sanofi-Aventis Malaysia Sdn. Bhd. Seminar saintifik yang berlangsung selama 3 jam ini telah dihadiri oleh peserta-peserta dari kalangan pengamal perubatan (doktor dan jururawat) dalam/luar PPUKM, penyelidik sel stem dan pelajar. Seminar tersebut telah disampai oleh penceramah yang cukup berpengalaman dengan penggunaan sel stem dalam bidang perubatan dan juga penyelidikan iaitu Dr. Chin Sze Piaw (Tajuk: From Local Innovation to Global Recognition – A Successful Public-Private Partnership between UKM and Cytopeutics), Prof. Dr. S Fadilah Abdul Wahid (Tajuk: Optimization of Peripheral Blood Stem Cell (PBSC) mobilisation strategies) dan Dr. Muhd Zanapiah Zakaria (Tajuk: Hodgkin Lymphoma and Its Management).

Dr. Chin Sze Piaw turut berkongsi kejayaan dan pengalaman sepanjang berkolaborasi dengan Pusat Terapi Sel untuk kajian sel stem

Sebahagian peserta yang hadir bagi Keynote Session

Dr Zanapiah – salah seorang penceramah Keynote Session

Sebahagian peserta yang hadir bagi Keynote Session

Prof Dr S Fadilah menyampaikan ceramah semasa Keynote Session