5 – 6 APRIL 2017
Pusat Terapi Sel, PPUKM dengan kerjasama syarikat Chemopharm Sdn. Bhd. telah menganjurkan bengkel “Protein Purification & Western Blot” pada 5 & 6 April 2017 bertempat di Pusat Terapi Sel, PPUKM. Bengkel ini telah dihadiri oleh 10 orang peserta dari kalangan pensyarah, penyelidik dan kakitangan makmal daripada institusi dalam dan luar seperti UKM, UPM dan IMR.
Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan dan demonstrasi penggunaan tentang aplikasi teknologi AKTA Pure (GE Healthcare) dalam perkhidmatan diagnosis makmal dan juga penyelidikan, selain memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang teknik asas Western Blot yang boleh dipraktikkan di makmal masing-masing. Setiap peserta telah diberi peluang mengendalikan teknik Western Blot menggunakan reagen dan peralatan sedia ada di makmal Pusat Terapi Sel, dibantu oleh 4 orang fasilitator terlatih dalam teknik ini. ‘Idea and knowledge sharing” di antara penceramah, fasilitator dan peserta dapat meningkatkan kefahaman dan kemahiran sedia ada dalam teknik penulenan protein dan Western Blot, selain memupuk semangat kerjasama di antara wakil institusi yang terlibat.


