Oleh NAK | Foto: MKA

23 MEI 2016

Pusat Terapi Sel (HTCM) dengan kerjasama Stemedics Sdn Bhd telah mengadakan bengkel “Colony Forming Unit (CFU) Assay for Human Hematopoietic Cells” bertempat di Pusat Terapi Sel, PPUKM. Bengkel ini telah dihadiri oleh seramai 17 peserta dari pelbagai institusi luar dan dalaman PPUKM. Bengkel ini telah memuatkan tiga slot ceramah daripada penceramah jemputan iaitu Dr. Ravenska Wagey, Senior Scientist of R&D Department, StemCell Technologies Inc. diikuti dengan sesi lab-tour makmal PTS.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang prinsip asas pengasaian CFU dan kepentingannya dalam bidang kajian sel darah. Selain itu, peserta turut didedahkan secara teori tentang teknik pengenalpastian dan pengiraan koloni sel progenitor darah dengan tepat serta tips tambahan untuk mendapatkan hasil imej koloni sel yang jelas bagi memudahkan pengiraan koloni yang lebih berkesan.