LAWATAN KE MAKMAL GMP, INSTITUT PENYELIDIKAN PERUBATAN (IMR), INSTITUT KESIHATAN NEGARA (NIH), SHAH ALAM

4 Nov 2026

Shah Alam, 08 Oktober 2026- Pusat Terapi Sel telah mengadakan satu lawatan kerja ke Makmal Current Good Manufacturing Practice (cGMP), Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Institut Kesihatan Negara (NIH), Setia Alam, Shah Alam

Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan pendedahan serta berkongsi pengetahuan berkaitan pengoperasian fasiliti makmal cGMP, khususnya dalam aspek penghasilan produk terapi sel yang mematuhi standard kualiti, keselamatan dan keperluan kawal selia yang ditetapkan.

Sepanjang lawatan, delegasi berpeluang melihat fasiliti dan kemudahan makmal serta mendapatkan penerangan mengenai amalan pengilangan baik (GMP), kawalan persekitaran, jaminan kualiti dan prosedur operasi bagi penghasilan produk terapi sel.

Lawatan ini diharap dapat memperkukuh hubungan kerjasama antara Pusat Terapi Sel dan IMR, di samping meningkatkan pengetahuan serta kesiapsiagaan dalam pembangunan dan pelaksanaan teknologi terapi sel di Malaysia.

Pusat Terapi Sel merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak IMR, NIH atas kesudian menerima lawatan serta perkongsian ilmu yang amat bermanfaat.

 

Search

+