SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH
Kuala Lumpur, 12 November- Pusat Terapi Sel dengan penuh penghargaan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Prof. Dato’ Dr. Fuad Ismail atas sumbangan dan khidmat bakti beliau sepanjang memegang jawatan sebagai Ketua Pusat Terapi Sel, Hospital Canselor Tuanku Muhriz.
Sepanjang tempoh perkhidmatan, Prof. Dato’ Dr. Fuad Ismail telah menunjukkan kepimpinan yang cemerlang, dedikasi yang tinggi, serta komitmen yang tidak ternilai dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan di pusat terapi ini. Kami mendoakan agar Prof. Dato’ Dr. Fuad Ismail terus berjaya dalam setiap langkah dan segala usaha beliau mendapat ganjaran yang setimpal. Terima kasih atas segala khidmat dan sumbangan yang telah diberikan.
