Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Pusat Terapi Sel 2023
Oleh NAK | Foto: MKA
18 Mei 2023 – Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2023 anjuran Pusat Terapi Sel (PTS) telah diadakan di Pusat Terapi Sel, Tingkat 2, Bangunan Klinikal HCTM. Majlis yang diadakan dengan cukup meriah ini bermula pada jam 11 pagi sehingga jam 3 petang.
Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran tetamu jemputan dalaman yang terdiri daripada Ketua-ketua Jabatan dan kakitangan HCTM serta jemputan luar yang dihadiri oleh wakil syarikat yang berkolaborasi dengan PTS.


