Bengkel Pemantapan Pusat Terapi Sel 2022

11 Nov 2022
Oleh NAK | Foto: NAD

28 Oktober 2022 – Bengkel Pemantapan Pusat Terapi Sel tahun 2022 telah diadakan selama tiga(3) hari pada 28 – 30 Oktober 2022 bertempat di A’ Famosa Resort, Melaka. Bengkel yang bertemakan ‘Kakitangan Cemerlang, Pemangkin Kejayaan’ ini telah disertai dengan penuh semangat dan komited oleh seramai 24 orang kakitangan PTS.

Antara agenda utama bengkel ini adalah perancangan hala tuju PTS yang merangkumi aktiviti makmal, klinikal dan pentadbiran sempena peralihan ketua pimpinan yang baru menggantikan mantan Ketua Pusat Terapi Sel iaitu Prof. Dr. S Fadilah Abdul Wahid yang telah bersara pada 18 Oktober 2022. Perancangan hala tuju ini amat penting bagi memastikan kesinambungan perancangan aktiviti masih berlandaskan pada misi dan visi pusat. Di samping itu, program teambuilding di kalangan kakitangan PTS turut diadakan bagi memupuk semangat dan menyemarakkan budaya kerja berpasukan demi menyatukan semua kakitangan dalam mewujudkan keharmonian organisasi yang utuh serta melahirkan kakitangan yang berdaya saing, dinamik dan beretika.

Search

+