Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian di antara UKM dengan Vortrade Sdn Bhd

6 Oct 2022

27 September 2022 – Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Contract Manufacturing Antara UKM dan Vortrade Sdn Bhd telah diadakan secara ringkas tetapi penuh makna di Hotel Le Meridien Putrajaya pada petang tadi. Hadir dalam majlis YBhg. Dato’ Yeow Wah Chin, Ahli LPU UKM, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor (Kampus Kuala Lumpur), YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM UKM, YBhg. Dato’ Wong Weng Kung, Pengerusi Vortrade Sdn Bhd, Cik. Michelle Low Mei Chee, Ketua Pegawai Eksekutif Vortrade Sdn Bhd, dan Puan Angie Ng Kwee Mooi, Ketua Pegawai Operasi Vortrade Sdn Bhd.

Majlis tersebut diadakan bertujuan untuk memeterai memorandum perjanjian antara pihak UKM melalui Pusat Terapi Sel dengan syarikat Vortrade Sdn Bhd, yang mana hasil daripada kerjasama ini bakal memberi manfaat besar kepada kedua-dua belah pihak khususnya kepada pembangunan perubatan melalui teknologi terapi sel.

Syabas diucapkan!

Search

+