Majlis Penghargaan Kakitangan, Puan Siti Noor Fatimah Mohd Zain
Oleh NAK | Foto: NAK
14 Sept 2021 – Satu majlis penghargaan khusus telah diadakan pada 3 Sept 2021 bagi meraikan jasa dan sumbangan Puan Siti Noor Fatimah Mohd Zain (Pembantu Tadbir, Pusat Terapi Sel) sempena pertukaran beliau ke Jabatan Otorinolaringologi, HCTM. Majlis telah diadakan di Bilik Seminar Pusat Terapi Sel dengan kehadiran minimum kakitangan mengikut SOP yang telah ditetapkan. Turut hadir dalam majlis ini adalah Ketua Pusat Terapi Sel iaitu Prof. Dr. S Fadilah Abdul Wahid.
Puan Siti Noor Fatimah mula menabur bakti sebagai Pembantu Tadbir di Pusat Terapi Sel (PTS) pada tahun 2010 dan telah banyak membantu memudahcara perkhidmatan pengurusan dan pengkeranian di PTS. Di samping itu, beliau turut banyak menimba ilmu dan menguasai kemahiran kendiri sepanjang 11 tahun melaksanakan tugas di PTS. PTS mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih di atas jasa dan sumbangan beliau yang telah ditabur dalam menjayakan misi dan visi PTS. Majlis diakhiri dengan penyerahan cenderahati tanda penghargaan dan ingatan kepada Puan Siti Noor Fatimah Mohd Zain.
Terima kasih diucapkan dan semoga jalinan ukhuwah berkekalan!

Penyampaian sijil dan cenderahati disempurnakan oleh Prof. Dr. S Fadilah Abdul Wahid
