MSH Clinical Haematology Exit Examination 2021/1
Laporan oleh: MKA
16 Mac 2021 – Pusat Terapi Sel HCTM telah dipilih oleh Malaysian Society of Haematology (MSH) sebagai Urusetia Peperiksaan Klinikal Haematologi MSH (MSH Clinical Haematology Exit Examination) 2021. Ia merupakan Peperiksaan Bahagian ke-2 yang wajib diambil oleh setiap pelatih yang terdiri dari kalangan Doktor Perubatan yang menjalani latihan kepakaran & kelayakan dalam pengkhususan bidang Haematologi setelah lulus Bahagian 1 iaitu peperiksaan teori. Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM pada amnya dipilih sebagai Pusat Peperiksaan dan Pusat Terapi Sel HCTM bertanggungjawab untuk mengurus dan mengawal selia prosedur peperiksaan tersebut.
Seramai 6 calon dari seluruh Malaysia yang berjaya melayakkan diri menduduki peperiksaan pada sesi tersebut. Seramai 8 panel pemeriksa termasuk 5 pemeriksa luar HCTM yang dijemput sebagai panel pemeriksa peperiksaan tersebut. Peperiksaan dimulakan pada jam 8.00 pagi dan berakhir sepenuhnya pada 3.00 petang.
MSH mengucapkan sekalung penghargaan kepada Pusat Terapi Sel HCTM dan juga setiap individu yang bertungkus-lumus menganjur serta mengawal selia prosedur sepanjang Peperiksaan dijalankan sekaligus meletakkan penanda aras yang tinggi dalam penganjuran peperiksaan Klinikal Haematologi dalam SOP norma baharu.




