Majlis Menandatangani Perjanjian Penyelidikan Antara UKM dengan Plutonet Sdn Bhd

24 Nov 2020

CHERAS, 23 Julai 2020 – Pusat Terapi Sel (PTS), Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM dengan kerjasama Plutonet Sdn Bhd (subsidiari Cryocord Group), telah mengadakan majlis Menandatangani Perjanjian Penyelidikan bertempat di Bilik Mesyuarat Lembaga, Tingkat 1, Blok Pendidikan, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Kampus Kuala Lumpur UKM.

Perjanjian penyelidikan ini dimeterai bertujuan membangunkan hubungan yang lebih rapat dalam penyelidikan terapi sel berasaskan sel Chimeric Antigen Receptor-T (CAR-T) bagi rawatan penyakit kanser darah seperti acute lymphoblastic leukaemia (ALL).

Dekan Fakulti Perubatan UKM, YM Prof. Dr. Raja Affendi Raja Ali dalam ucapannya berkata, kolaborasi antara UKM-Plutonet ini akan memfokuskan kepada bidang penyelidikan dan pembangunan teknologi rawatan berasaskan sel CAR-T, di samping meningkatkan kerjasama dan potensi aplikasi klinikal menggunakan sel CAR-T bagi mengoptimakan fungsinya dalam perawatan penyakit kanser darah terutamanya penyakit ALL.

Rakan kerjasama PTS iaitu Plutonet Sdn Bhd merupakan syarikat subsidiari kepada Cryocord Group, peneraju dalam kajian dan rawatan sel CAR-T di Malaysia. Plutonet Sdn Bhd kini bergerak maju dalam penyelidikan sel CAR-T untuk merawat penyakit kanser darah melalui ujian klinikal dijalankan dengan ahli perubatan profesional, berdasarkan teknologi dan protokol yang dipatenkan.

Turut hadir dalam majlis ialah Puan Nur Yasmin binti Nan Rahimi (wakil Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz), Prof. Dr. S Fadilah Abdul Wahid, Ketua Pusat Terapi Sel HCTM, Prof. Dr Tan Geok Chin, Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi) dan Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh, Timbalan Dekan (Jaringan & Penjanaan). Manakala pihak Plutonet pula terdiri daripada Encik James Then Khong Lek, Pengarah Urusan, Encik Vincent Chang W K, Pengurus Besar dan kakitangan lain.

Syabas diucapkan!

Search

+