BERITA – TAHNIAH! PEMBENTANGAN POSTER TERBAIK
Oleh NAK | Foto: PTS
PEMBENTANGAN POSTER TERBAIK – SIMPOSIUM KEBANGSAAN PENYELIDIKAN PERUBATAN DAN KESIHATAN & MINGGU PENYELIDIKAN KE-20
30 Julai 2018, Isnin – Seramai 2 orang peserta dari Pusat Terapi Sel telah memenangi Pembentangan Poster Terbaik bersempena Simposium Kebangsaan Penyelidikan Perubatan dan Kesihatan & Minggu Penyelidikan Ke-20 yang telah diadakan di Bangunan Pra-Klinikal, PPUKM.
Dr. Wan Fariza Wan Jamaludin, pakar perubatan di Pusat Terapi Sel, PPUKM dan pelajar seliaannya, Dr. Fara Rahidah Hussin telah mendapat TEMPAT KEDUA bagi Pembentangan Poster yang bertajuk: “The Value of PET-CT Scan in Determining Remission Status in Lymphoma Patients Involving The Head & Neck Region“.

Dr. Fara Rahidah (pelajar di bawah seliaan Dr. Wan Fariza, PTS) yang mendapat TEMPAT KEDUA bagi Pembentangan Poster.
Manakala Dr. Nurul Iman Pison, pelajar sarjana di bawah seliaan Prof. Dr. S Fadilah Abdul Wahid (Pusat Terapi Sel) turut menenangi TEMPAT KETIGA bagi Pembentangan Poster beliau yang bertajuk “Bacterial blood stream infection in haematopoeitic stem cell transplant recipients: Epidemiology, antiobiotic resistance and clinical outcome”.

Dr. Nurul Iman (kanan) bersama penyelia beliau iaitu Prof. Dr. S Fadilah (kiri) yang mendapat TEMPAT KETIGA bagi Pembentangan Poster.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang!