BERITA – Pra-Bengkel Publication Marathon PTS 2018

6 Sep 2018
Oleh NAK | Foto: MKA

28 OGOS 2018 – PRA BENGKEL PUBLICATION MARATHON LONJAKAN PERTAMA “FLAG-OFF

Pusat Terapi Sel (PTS) buat julung kalinya telah menganjurkan Bengkel Publication Marathon pada 28 Ogos yang lalu bertempat di Makmal Komputer DOME 1 & 2, Tingkat 13, Bangunan Pra-Klinikal, PPUKM, Cheras, Kuala Lumpur. Pada hari tersebut, telah berlangsungnya aktiviti pra-bengkel yang bertemakan Lonjakan Pertama “Flag-Off” sebagai simbolik permulaan bagi proses penulisan penerbitan yang bertujuan menyuntik semangat para peserta bagi memulakan dan  menyudahkan sesebuah penerbitan.

Bengkel ini diadakan selaras dengan keperluan Bidang Keberhasilan Utama UKM, iaitu KRA-2: Penyelidikan dan Inovasi yang Berimpak Tinggi, yang menyatakan bahawa “kepakaran dan hasil penyelidikan UKM menyumbang secara signifikan kepada pembangunan ekonomi dan social melalui ekosistem yang dapat memupuk penemuan intelek, inovasi, penyebaran dan penggunaan ilmu”. Secara tidak langsung, bengkel ini bertindak sebagai platform dalam menyokong misi UKM sebagai Universiti Penyelidikan, dan menyemai budaya penerbitan dan meningkatkan KPI penerbitan di kalangan warga PPUKM dan HCTM.

BACA SELANJUTNYA

Search

+