Oleh NAK | Foto: MKA

28 OGOS 2018 – PRA BENGKEL PUBLICATION MARATHON LONJAKAN PERTAMA “FLAG-OFF

Pusat Terapi Sel (PTS) buat julung kalinya telah menganjurkan Bengkel Publication Marathon pada 28 Ogos yang lalu bertempat di Makmal Komputer DOME 1 & 2, Tingkat 13, Bangunan Pra-Klinikal, PPUKM, Cheras, Kuala Lumpur. Pada hari tersebut, telah berlangsungnya aktiviti pra-bengkel yang bertemakan Lonjakan Pertama “Flag-Offsebagai simbolik permulaan bagi proses penulisan penerbitan yang bertujuan menyuntik semangat para peserta bagi memulakan dan  menyudahkan sesebuah penerbitan.

Bengkel ini diadakan selaras dengan keperluan Bidang Keberhasilan Utama UKM, iaitu KRA-2: Penyelidikan dan Inovasi yang Berimpak Tinggi, yang menyatakan bahawa “kepakaran dan hasil penyelidikan UKM menyumbang secara signifikan kepada pembangunan ekonomi dan social melalui ekosistem yang dapat memupuk penemuan intelek, inovasi, penyebaran dan penggunaan ilmu”. Secara tidak langsung, bengkel ini bertindak sebagai platform dalam menyokong misi UKM sebagai Universiti Penyelidikan, dan menyemai budaya penerbitan dan meningkatkan KPI penerbitan di kalangan warga PPUKM dan HCTM.

Peserta-peserta yang terlibat terdiri daripada kakitangan akademik, profesional dan kakitangan sokongan PTS yang telah dipilih dan dijemput khusus bagi menyempurnakan suatu bahan penerbitan mengikut kesesuaian bidang tugasan kerja hakiki. Peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut jenis bahan penerbitan yang akan diterbitkan, dan akan dibimbing oleh fasilitator yang akan dilantik semasa aktiviti perbincangan dan brain-storming.

Pada hari tersebut, peserta-peserta telah diberi pendedahan tentang kepentingan penerbitan serta perkembangan pencapaian KPI penerbitan bagi Fakulti Perubatan UKM khususnya, melalui sesi taklimat motivasi yang telah disampaikan oleh Prof. Dr. Ahmad Nazrun Shuid, Timbalan Dekan Penyelidikan & Inovasi, PPUKM. Bengkel diteruskan dengan perbincangan sesama ahli kumpulan bagi merangka pelan aktiviti penerbitan yang perlu diselesaikan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.

Aktiviti yang berlangsung selama satu(1) hari ini telah berjalan lancar dan setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada semua pihak yang telah menjayakan Pra-Bengkel ini. Bengkel ini akan diteruskan dengan siri seterusnya iaitu Lonjakan Kedua “Maintain Speed” yang telah dijadualkan pada 1 Oktober 2018.

GAMBAR AKTIVITI: