Oleh NAK | Foto: ISK
25 OKTOBER 2016
Pusat Terapi Sel (HTCM) dengan kerjasama Stemedics Sdn Bhd telah mengadakan bengkel “Mesenchymal Stem Cell Culture Workshop” bertajuk Isolation of Adipose-Derived Mesenchymal Stem Cells from Human Adipose Tissue. Bengkel selama satu (1) hari ini turut memuatkan dua sesi ceramah oleh penceramah jemputan iaitu Dr. Voja Jovanovic (StemCell Technologies Inc.).
Perkongsian idea dan pengalaman di antara peserta, penceramah jemputan dan fasilitator telah meningkatkan pengetahuan individu dalam bidang kajian sel stem serta menjadi pemangkin bagi meluaskan lagi jaringan penyelidikan di PTS.





