Pembentangan Kertas Kerja Penyelidikan di Mesyuarat ASEAN COST-72 oleh Dr. Wan Fariza

29 Jul 2017

22 Mei 2017 – Mesyuarat ASEAN COST (Committee on Science and Technology) ke-72 telah berlangsung selama 3 hari (22 – 25 Mei 2017) bertempat di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam. Seramai dua orang kakitangan Pusat Terapi Sel iaitu Dr. Wan Fariza Wan Jamaludin (Pakar Perunding Perubatan dan Hematologi) dan Noralisa Abdul Karim (Pegawai Penyelidik) telah dilantik sebagai delegasi Malaysia di bawah Sub-Committee of Biotechnology bagi menghadiri Mesyuarat ASEAN COST ke-72 serta Mesyuarat Berkaitan.

Mesyuarat ASEAN COST merupakan mesyuarat berjadual yang diadakan bagi merancang dan melaksanakan keputusan Mesyuarat Menteri-menteri Sains dan Teknologi ASEAN dan Sidang Kemuncak ASEAN yang diadakan pada setiap tahun. Kertas kerja penyelidikan yang bertajuk “Predictive NK Cell Gene Panel for Lymphoma Microenvironment” telah terpilih untuk dimajukan bagi permohonan dana ASEAN STI Fund sesi 1/2017 dan telah dibentangkan oleh Dr. Wan Fariza dalam mesyuarat ini. Penyertaan kakitangan PTS dalam mesyuarat ini merupakan titik permulaan bagi perkembangan tahap penyelidikan PTS di peringkat global dan membuktikan kualiti projek penyelidikan yang dicadangkan mendapat perhatian dan pengiktirafan komuniti penyelidik dunia, khususnya di ASEAN.

IMG-20170522-WA0008

Delegasi Malaysia bagi Sub-Committee of Biotechnology

20170522_152826 rsz

Dr. Wan Fariza membentangkan kertas kerja projek penyelidikan di hadapan ASEAN Sub-Committee of Biotechnology

Predictive gene panel for lymphoma microenvironment Dr Wan FAriza 22.5.17.

Projek penyelidikan yang telah terpilih untuk dimajukan bagi permohonan dana ASEAN STI Fund

 

Search

+