Oleh NAK/WF | Foto: WF
18 APRIL 2019 – Lawatan Pendidikan dan Jalinan Kerjasama ke Beijing Boren Hospital, China
18 April 2019, Beijing – Pusat Terapi Sel, PPUKM telah dijemput oleh syarikat Gaia Therapeutics Sdn. Bhd. untuk menyertai satu lawatan pembelajaran dan penyelidikan ke Beijing Boren Hospital sebagai langkah permulaan kolaborasi bagi kajian klinikal “Phase 2-3 Prospective Open Label Study to Evaluate Safety and Efficacy of Intravenous Autologous CD19 CAR-T cells for Relapse / Refractory B-Acute Lymphoblastic Leukaemia”.
Lawatan selama 4 hari itu telah disertai oleh PTS yang diwakili oleh Prof. Dr. S Fadilah Abdul Wahid (Ketua PTS), Dr. Wan Fariza Wan Jamaludin (Timbalan Ketua PTS) dan Cik Seery Zaliza Azura Zaider (Jururawat Terlatih) dan Beijing Boren Hospital diwakili oleh Pengarah Hospital tersebut iaitu Chunrong Tong, pakar perunding, kumpulan transplan serta saintis makmal di hospital tersebut. Beijing Boren Hospital merupakan salah satu hospital terkemuka di China, dengan pengalaman yang luas dalam transplan sel stem haplo-identical dan sel CAR-T bagi penyakit relapse-refractory ALL.
Pelan tindakan lanjut sedang dirangka bagi mewujudkan kolaborasi dalam bidang imunoterapi sel di antara UKM, Beijing Boren Hospital dan firma bioteknologi di China.

Beijing Boren Hospital diwakili oleh Pengarah Hospital, Chunrong Tong (dua dari kiri) serta kumpulan transplan dan sintis makmal.


