Oleh NAK/WF | Foto: WF
30 APRIL 2019 – 54th Thai Society of Haematology Annual Meeting
30 April 2019, Bangkok – Pada 30 April 2019 yang lalu, telah berlangsungnya perjumpaan saintifik 54th Thai Society of Haematology Annual Meeting yang bertemakan “Satellite Symposium: Extracorporeal Photopheresis (ECP) in Graft versus Host Disease (GvHD)” di Bangkok, Thailand. Dr. Wan Fariza Wan Jamaludin selaku Timbalan Ketua PTS telah dijemput menyertai perjumpaan tersebut yang turut menghimpunkan pakar-pakar transplan di rantau ini.
Dalam bidang hematologic, ECP dianggap sebagai rawatan kedua dalam kes transplantasi sel stem alogenik bagi pesakit GVHD yang tidak berjaya dirawat dengan steroid. Di Malaysia, capaian kepada rawatan ECP agak terhad (hanya terdapat di Hospital Ampang sahaja) disebabkan kos tanggungan yang tinggi.
Pusat Terapi Sel, PPUKM sedang berusaha memperluaskan rangkaian kerjasamanya dengan syarikat terkemuka dan pakar-pakar transplan antarabangsa bagi menzahirkan hasrat mewujudkan terapi ECP ini di UKM. Walaupun misi ini masih jauh untuk dicapai, usaha ini akan terus dikembangkan bagi merealisasikan hasrat tersebut.


