Oleh NAK | Foto: NAK

10 JULAI 2018 – SEMINAR “THE ROLE OF VALIDATED AND PROVEN ALGORITHMS FOR ROTEM GUIDED BLEEDING MANAGEMENT

Pusat Terapi Sel (PTS) dengan kerjasama syarikat Unimed Healthcare Pte. Ltd., Singapore telah mengadakan seminar bertajuk “The Role of Validated and Proven Algorithms for ROTEM Guided Bleeding Management” pada 10 Julai 2018 bertempat di Pusat Terapi Sel, HCTM, PPUKM. Seminar ini telah dihadiri oleh seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan makmal, kakitangan klinikal (medical officers dan jururawat) serta pensyarah perubatan.

Seminar yang berlangsung selama 2 jam ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Dr. Klaus Goerlinger bersempena lawatan beliau selama 2 hari ke Malaysia. Dr. Goerlinger yang menggalas tugas sebagai Medical Director bagi syarikat TEM International GmbH telah berkongsi pengetahuan dan teknologi yang sangat menarik untuk diaplikasi dalam bidang perubatan khususnya semasa pengendalian kes hemostasis di ICU. Beliau turut berkongsi pengalaman bagaimana teknologi ROTEM Platetet Analysis ini telah membantu dari segi penjimatan kos perubatan di hospital-hospital di luar negara khususnya di Amerika Syarikat dan Eropah.