Oleh NAK | Foto: PTS
6 Julai 2018 – MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1439H
Pusat Terapi Sel telah menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri PTS 1439H yang disambut dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan bertempat di Pejabat Pusat Terapi Sel, Tingkat 2, HCTM, PPUKM. Majlis telah dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua PTS iaitu Prof. Dr. S Fadilah Abdul Wahid sebagai menghargai kesudian tetamu-tetamu yang turut hadir memeriahkan majlis ini. Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Dekan Fakulti Perubatan iaitu Prof. Dr. Zaleha Abdullah Mahdy dan juga Mantan Dekan Fakulti Perubatan & Pengarah PPUKM, Prof. Dato’ Dr. Raymond Azman Ali. Selain itu, beberapa wakil jabatan di PPUKM turut hadir antaranya wakil daripada Jabatan Pengurusan Bangunan (JPB), Jabatan Farmasi, Jabatan Perubatan dan lain-lain.
Warga PTS mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas kesudian para tetamu yang hadir memeriahkan dan menambah keceriaan pada majlis sambutan ini!