Oleh MKA | Foto: PTS

19 – 21 APRIL 2018 – 15th MSH ANNUAL SCIENTIFIC MEETING

Malaysian Society of Haematology telah menganjurkan Persidangan Saintifik Tahunan ke-15 (15th MSH Annual Scientific Meeting) yang bertemakan Navigating the Word of Emerging Therapies bertempat di Hotel Shangri La Kuala Lumpur pada 19 – 21 April 2018 yang lalu. Sebagai Pusat Kecemerlangan berkaitan perkhidmatan hematologi klinikal di PPUKM, Pusat Terapi Sel tidak terkecuali untuk turut terlibat di dalam persidangan tersebut dengan menghantar seramai 20 orang wakil yang terdiri daripada Pakar Perunding Perubatan, Pegawai Perubatan, Jururawat Terlatih dan sebagainya.

Persidangan selama 3 hari ini berjaya menarik seramai lebih dari 500 peserta dari seluruh Malaysia mahupun dari luar negara. Persidangan tesebut dibahagikan kepada 3 kumpulan utama iaitu Kumpulan Klinikal, Kumpulan Patologi / Makmal dan Kumpulan Kejururawatan. Secara tradisinya, objektif utama persidangan ini adalah bertujuan untuk membincang, bertukar idea dan mempelajari informasi terkini tentang rawatan terbaik bagi merawat penyakit-penyakit (malignan dan bukan malignan) dalam skop bidang hematologi serta dapat memberi perkhidmatan perubatan terbaik kepada pesakit.

Ketua Pusat Terapi Sel PPUKM, Profesor Dr. S Fadilah Abdul Wahid telah diberi penghormatan untuk membuat pembentangan yang bertajuk: Immunotherapy for Lymphoma pada hari pertama persidangan Turut diundang untuk membuat pembentangan adalah Timbalan Ketua Pusat Terapi Sel iaitu Dr. Wan Fariza Wan Jamaludin (Tajuk: Current Strategies for the Traditionally Favorable-Risk AML) yang memberi pembentangan pada hari ketiga persidangan. Segala informasi dan pengetahuan yang diperolehi sepanjang persidangan saintifik ini diharap akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan diaplikasikan dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada pesakit-pesakit di Pusat Terapi Sel PPUKM khususnya.

Prof. Dr. S Fadilah menyampaikan pembentangan beliau di persidangan MSH

Dr. Wan Fariza menyampaikan pembentangan beliau di persidangan MSH