Oleh NAK | Foto: ISK

21 Julai 2017

Pusat Terapi Sel telah menganjurkan Jamuan Raya PTS 1438H dengan meriahnya bertempat di Pejabat Pusat Terapi Sel, Tingkat 2, HCTM, PPUKM. Majlis telah dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua PTS iaitu Prof. Dr. S Fadilah Abdul Wahid sebagai menghargai kesudian tetamu-tetamu yang turut hadir memeriahkan majlis ini. Majlis ini turut dihadiri oleh Dekan Fakulti Perubatan & Pengarah PPUKM iaitu Prof. Dr. Zaleha Abdullah Mahdy dan juga Mantan Dekan Fakulti Perubatan & Pengarah PPUKM, Prof. Dato’ Dr. Raymond Azman Ali.

Warga PTS mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas kesudian para tetamu yang hadir memeriahkan dan menambah keceriaan pada majlis ini!