Oleh NAK | Foto: ISK
28 JULAI 2016
PTS telah mengadakan majlis sambutan hari raya aidilfitri yang disambut meriah oleh kakitangan PTS dan kakitangan HTCM. Majlis diadakan secara kecil-kecilan ini turut dihadiri Prof. Dr. Ima Nirwana Soelaiman dan Datuk Dr. Badrul Akmal Hisham. Majlis dimulai dengan bacaan yassin dan ucapan terima kasih oleh Prof Dr. S. Fadilah Abdul Wahid selaku ketua Pusat. Tujuan utama majlis ini diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim kakitangan PTS dengan kakitangan di jabatan-jabatan lain yang sama-sama berkhidmat di HTCM.