PENGENALAN & FUNGSI UNIT

Unit Vaskular merupakan salah satu unit dalam bahagian pembedahan am di bawah Jabatan Surgeri dan mempunyai kepakaran dalam merawat penyakit yang berkaitan vaskular. Unit ini menawarkan perkhidmatan klinikal kepada pesakit seperti khidmat perundingan penyakit di Klinik Surgeri, pengurusan jagarawatan pesakit di Wad Surgeri dan pembedahan di Dewan Bedah Utama, HCTM.

Selaras dengan objektif hospital untuk menjadi pusat penyelidikan dalam bidang kesihatan & perubatan serta sebagai hospital mengajar, unit Vaskular juga terlibat dengan aktiviti-aktiviti penyelidikan serta memberikan khidmat pengajaran & pembelajaran akademik bagi melahirkan lebih ramai doktor siswazah, pakar bedah, penyelidik dan ahli akademik khususnya dalam bidang kepakaran Vaskular. Secara keseluruhan, fungsi Unit Vaskular adalah:

  1. Memberikan rawatan kepakaran kepada pesakit-pesakit vaskular di Klinik Surgeri, Wad Surgeri, dan Dewan Bedah.
  2. Melakukan pembedahan kes elektif dan kecemasan.
  3. Memberi pengajaran dan pembelajaran (akademik) bidang pembedahan kepada pelajar prasiswazah Ijazah Doktor Perubatan, pelajar pascasiswazah Doktor Pakar Surgeri
  4. Menganjurkan Seminar/Bengkel/Workshop/CME
  5. Terlibat dalam aktiviti penyelidikan dan penerbitan peringkat jabatan.
  6. Menyediakan platfom untuk latihan sangkutan klinikal/fellowship dari Institusi Awam dan Swasta yang lain

MAKLUMAT AHLI / ORGANISASI UNIT

 

 


PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

Khidmat Klinikal

  1. Perundingan dan perkhidmatan klinik bagi rujukan pesakit luar & dalam (pesakit lama dan baru).
    • Klinik Vein Scan :   Selasa & Khamis (8.00 pagi – 1.00 petang) (Pusat Endoskopi, HCTM)
    • Klinik Vaskular :   Rabu (9.00 pagi – 1.00 petang) (Klinik Surgeri, HCTM)
  2.  Rawatan Wad:
    • Semua Wad Surgeri & Kes Rujukan dari wad-wad lain di HCTM.
    • Ward Round dilakukan setiap hari
  3. Aktiviti pembedahan (elektif, kecemasan, daycare surgery) di Dewan Bedah Utama, HCTM pada setiap hari Isnin (8.00 pagi – 5.00 petang)
  4. Bertugas atas panggilan (on-call)
  5. Terlibat dengan Radiology Conference pada setiap hari rabu, 8.00 – 9.00 pagi

Nota: Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan khidmat perundingan, rawatan & temujanji di Klinik Pakar UKM (Swasta), sila rujuk laman sesawang Pusat Pakar UKM > ukmsc.com.my

 

Khidmat Akademik

 Semua ahli unit terlibat dalam aktiviti pengajaran & pembelajaran pelajar Prasiswazah & Pascasiswazah dalam pembedahan vaskular.

  • Sebagai Pemeriksa untuk Peperiksaan Akhir Ikhtisas (teori, klinikal dan penandaan kertas jawapan)
  • Terlibat di dalam penaksiran soalan dan vetting question
  • Terlibat di dalam peperiksaan ulangan (penandaan kertas jawapan)
  • Menjalankan bed side teaching dan terlibat di dalam seminar/ bengkel

Program Latihan Sangkutan:

  • Clinical Fellowship – dalam & luar negara (minimum latihan 6 bulan & ke atas – sila berhubung terus dengan SPS –Sekretariat Pengajian Siswazah, Fakulti Perubatan)
  • Clinical Attachment (latihan kurang dari 6 bulan, permohonan perlu melalui Administrative One Stop Centre @ AOSC)

Nota: Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang prosidur permohonan untuk program latihan sangkutan ini, sila rujuk laman sesawang HCTM > https://hctm.ukm.my/pelajar/


AKTIVITI MINGGUAN UNIT

 

Kemaskini: 18 Februari 2022